Pages

Wednesday, April 17, 2013

aleesya mencari cinta [part 3]


“Sudah lama aku bermimpi untuk ke sana..sudah banyak kali aku mendengar cerita tentangnya..”

“Utrukni sari3’ ya qalbi..”
tinggalkan aku cepat wahai hatiku..
“Laisa ana enti turidin.”.
bukan aku yang engkau kehendaki..
“walakin Ibhasi khutuati.. ”
namun carilah langkahku..
“Fi amwaj halqirRahmani..”
dalam ombak ciptaan Yang Menyayangi aku..


**
Aleesya mengukir senyuman..
Seribu satu makna terlakar dalam diam..
Hanya angin dibiarkan mendengar tinta hati..

“Hebat bukan perwatakannya..?”

“Ah, engkau ini, kacau daun saja kan..” Aleesya menggesel lengan Humaira, sambil menjeling manja sahabatnya, malu sendiri apabila sahabat baik sedang mengintai hatinya, mungkin ada beberapa ketika lagi waktu untuk mereka meluangkan masa bersama. Akan datang, entah ingat lagi atau tidak Aleesya akan sahabatnya, entah ingat atau tidak kalam-kalam perjuangan yang dilafazkan bersama, entah ingat atau tidak kata herdik dan hina yang menuntut diri kembali pada ingat apabila diri lalai dan lupa.. “mungkinkah jarak dan waktu memisahkah kita..tidak, selagi masih ada disebut nama kita dalam sujud dan doa masing-masing, mana mungkin  aku akan lupa!”


“Ya, dia terlalu hebat, sehinggakan betapa ramai manusia yang mengaguminya, apatah lagi disebutkan dalam hadis Nabi. Pasti bukan calang-calang orangnya. Dan tentu Humaira..cuma Yang Maha Bijaksana yang menciptakan jasad itu..dan Dial ah yang Menghendaki ketetapan itu”

“Kitalah Aleesya yang bakal melahirkan insan-insan seperti itu..” Humaira segera membalas, “dan tidak dapat tidak, hari ini dan seterusnya adalah latihan untuk kita..ayuh, usah bersyair lagi!”

“Opps, kantoi..tahu-tahu saja heh


Aleesya dan Humaira mengayuh langkah. Laju, dan niat segera diperbetul.

Moga langkah itu persis langkahan kuda al-a’diyat kebanggaan Ar-Rahman!

Serta-merta hati yang berbunga bertukar tegang!


"akan bersambung..iA.."

(mendengar cerita dari ibu sebentar tadi begitu menyejukkan hati, ketika hati yang kecil itu masih bersih, begitu dia suka mendengar azan dilaungkan, diletakkan tapak tangannya di telinga, mungkin ingin menjadi muazzin satu ketika nanti, terkadang meletakkan tangan seolah-olah mahu mengambil wudhuk menyucikan diri, Allah..begitu kehadiran si kecil mengajar yang besar. Semoga tangan yang menggoncang dunia itu sentiasa cekal, pasti bukan mudah melahirkan seterusnya membina peribada al-fatih..kerana semuanya berbalik pada tangan ibu yang mendidik..cuma aku yakin hari ini, perlu ada tegas dalam menunjukkan kasih..huh, semoga kita mampu wahai bidadari-bidadari dunia...)

1 comment:

humaira said...

i'll wait for the next part.

.:peminat setia awak:.

>^.^<