Pages

Thursday, May 9, 2013

Mereka Juga Meneka..


Semalam hari dukacita buat kita..
Semalam habisan sujud aku terlihat..
Manik air mata menyapu pipi
Seorang sahabat yang dicintai..
Hati aku juga menangis..
Kita mungkin bermimpi..
Betapa indahnya..
Merasai suasana...
Fathul Makkah itu..

Tatkala berhala Uzza dan Latta..
Jatuh menyembah bumi..
Sinarannya pasti merayap..
Merayap hingga dunia..
Terkesima menyaksikan..

Tapi kemenangan itu..
Masih belum tiba..
Daulah Islamiah itu..
Masih menjadi mimpi yang belum nyata..
Kerana hakikatnya tidak semua..
Mempunyai cita,
Islam menyubur dalam diri dan negara..

Hakikatnya,
Banyak yang masih tidur..
Ada yang masih nyenyak..
Ada juga yang sudah terjaga..
Tapi masih lagi kantuk..
Terus menepuk bantal
menyambung tidur..

Ada juga yang sudah terjaga..
Tapi memekik dari jauh..
mereka yang sedang tidur..
Pasti semakin benci menebal di dada..
Sedangkan sentuhan yang lembut..
Pasti membuat mereka terjaga..
Dengan hati gembira..
Walaupun sukar dan mengambil masa..

Salahkah mereka..
Mungkin tidak adil untuk kita..
Menilai dan meneka,
Hakikatnya mereka juga meneka,
Samar dalam gelap yang bersulam cahaya..


#puisi mengenang Rasulullah s.a.w, sambil muhasabah peribadi sendiri..

No comments: