Pages

Wednesday, April 3, 2013

Aleesya Mencari Cinta..[bhgn 2]


Kedua-dua tangan dalam genggaman.

Dingin tangan Aleesya meresap haba dari tangan Humaira yang sedikit panas.Namun Aleesya tak mampu memandang anak mata Humaira, takut-takut seandai berbalas pandangan, ada hati yang terhiris.


Aleesya tenang menyusun kata. Kali ini giliran Humaira, antara sahabat baiknya untuk mendengar berita yang akan disampaikan. Begitu sukar berhadapan seorang demi seorang, ada yang senang mendengar berita dari Aleesya, tidak kurang ada yang meminta Aleesya berfikir panjang. Humaira pula, Aleesya sudah dari awal dapat meneka reaksinya.

"Maira tak suka keputusan Aleesya..."

Aleesya merenung lantai. Sentap mendengar pengucapan Humaira. Keputusannya untuk berhijrah sebentar ke Istanbul untuk mencari sesuatu di sana. Aleesya sering didatangi mimpi yang menuntut dirinya ke sana. Ada sesuatu yang perlu dicari, tapi Aleesya tidak pasti!

"Kenapa Humaira..."

Aleesya cuba mencari jawapan.

"Aleesya, aku takut..aku takut kau jatuh..."

"apa maksud kau..?"

"Aleesya, kau ada tanggungjawab..aku takut kau lupa tanggungjawab..."

Ya, tanggungjawab.

Aleesya akui.Aleesya punya tanggungjawab. Melepaskan tanggungjawab bererti Aleesya menjadi orang yang lupa. Lupa pada cita-cita sendiri. Seolah-olah Aleesya mahu merobohkan bangunan yang telah dibina bersusah-payah. Namun, adakah berbuat keputusan sebegitu rupa akan menjadikan aku lupa...? Aleesya bertanya pada dirinya. Ya, boleh jadi dan kebarangkalian perkara itu berlaku amat besar sekali..

"Mana tahu bila kau da jumpa apa yang kau nak kat sana, kau lupa kami kat sini...cita-cita kau.."

Aleesya tersenyum mendengarkan. Sementara kebimbangan menyulam di dada.

"Humaira, kita doa sama-sama ea.. "
"Dan ingatkan aku kalau aku lupa.." 



Aleesya masih memandang lantai. Perasaan bercampur-baur. Sedikit terkilan kerana sahabat baik seolah-olah tidak merestui. Namun, tidak sekali ada rajuk tersimpan. Mungkin terharu kerana kebimbangan Humaira mengingatkan Aleesya akan tanggungjawab yang tidak pernah selesai!

"Aleesya, aku pulang dulu ya.."

Humaira meninggalkan kamar 107, sebuah kamar di asrama Puteri di salah sebuah universiti tempatan. Kini, Aleesya sudah dewasa. Jurusan undang-undang yang diambil sudah hampir dua tahun setengah banyak mengajar Aleesya norma dan realiti kehidupan yang menuntut banyak perkara. Pelbagai ragam manusia yang ditemuinya. Yalah, semuanya melibatkan undang-undang!

"Tanggungjawab aku bukan satu Humaira.. bukan itu saja, aku punya alasan yang lebih besar dari itu..tak mengapa kalau kau tidak memahaminya.. Namun aku cuma berharap, semoga keputusan aku ini adalah keputusan yang padanya Allah redha..tidak semua perkara dalam hidup ini adalah dalam rencana kita..susunan Allah lebih hebat, aku cuma hamba yang penuh dosa dan berharap setiap langkahku ini dalam jagaan Allah sentiasa..Humaira, usah dibimbang akan hijrahku ini.. hijrahku bukan bermakna aku mahu lupakan tanggungjawab yang ada di sini..tidak sama sekali.."



.
Aleesya tersenyum pahit menelan kata-kata yang dibisik pada telinga sendiri!

akan bersambung..


(kadang-kadang yang jauh sentiasa rasa dekat di hati, namun seringkali terjadi yang dekat mungkin jauh di hati, mengapa ya..adakah kerana kita senang bila berhampiran, kurang menghargai apa yang ada di depan mata..sungguh, perjalanan di muka bumi Allah mana pun tidak sia-sia, aku pernah melihat seseorang yang letaknya jauh, namun melihat segala dari kaca mata Islam. semoga diri ini tidak melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang sia-sia, dan tidak menghargai setiap saat dan perkara yang berlaku dalam hidup ini..)

2 comments:

humaira said...

suka karya kamu. saya nak jadi peminat no 1 awk. hehehe. :)

bintu fatimah said...

Eleh suka la tu guna nama dia ;p