Tuesday, July 30, 2013

Semanis Apa Mujahadah Itu?

Semalam memenuhi undangan berbuka puasa di Assofirah. Jauh juga nak pergi, pergi untuk berbuka saja, nanti kena berkejar-kejar semula ke rumah untuk berterawih. Sampai-sampai saja, hampir 15 minit sebelum berbuka, ustazah sudah berbicara panjang, Ustazah Iman namanya. Tidak pernah bersua, ini kali pertama. 3 minggu lalu sehari sebelum Ramadhan aku mendengar cerita tentangnya. Tentang dirinya yang sudah hampir sarat-sarat mengandung, 7 bulan setengah kandungannya, kini sudah hampir sebulan ditinggalkan suami yang pergi ke medan jihad Rabaah. Mungkin saja ustazah tidak mendapat khabar berita dari suaminya, lantaran yang di medan Rabaah tu bukannya ada tempat cas telefon. Ustazah bercerita dalam bahasa Arab Fusha, namun banyak kandungannya yang tidak mampu aku fahami. Yang hebat bahasa Arabnya mengangguk-angguk,  mendengar kisah dan perjalanan mereka yang memperjuangkan haq, mendekati sahaja sudah cukup merasakan betapa hebatnya jalan perit yang ditempuh. Bila diceritakan semula oleh sahabat, di saat-saat getir ini, ustazah tidak pernah ketinggalan menyertai setiap gerakan yang dijalankan di sini..

Hebatnya Ustazah..

**

Tahun ini, akhawat tak mampu nak merasai kenikmatan tarawih di Gamek Ibrahim, lantaran arahan yang dikeluarkan untuk menjaga keselamatan. Perasaannya memang lain kalau nak dibandingkan berterawih di masjid-masjid kawasan rumah. Tak apalah, kalau tak dapat zuq Gamek Ibrahim pun, terawih di Masjid Iman berdekatan rumah tidak kurang hebat bacaannya, cuma suasana yang berbeza. di Gamek akan kelihatan banjiran manusia yang menginginkan keampunan menyebabkan kita yang hadir pun rasa kecilnya aku di banjiran manusia yang ramai ni, tapi di masjid berdekatan rumah hanya dipenuhi jiran-jiran tetangga. Tu yang mungkin lain zuq dia.. Tapi malam kelmarin ketika hampir rakaat ke-6 tiba-tiba kedengaran suara teresak-esak, panjang seperti susah mahu diberhentikan, tersentak aku seketika, adakah mungkin yang dibaca sang imam begitu meruntun hatinya, sedang aku hampir saja dalam keadaan yang lalai..

Malam ini malam 21 Ramadhan, entah kenapa begitu cepat masa berlalu, adakah kerana bermanfaat waktu diisi lantaran exam yang turut menyertai Ramadhan kali ini atau sebaliknya. Entahlah, bagiku mungkin lebih elok begini, seandainya setiap kali Ramadhan setiap kali itu juga cuti musim panas, entah apa la yang dibuatnya dekat rumah, entah-entah lebih banyak tidur yang lebih banyak membawa makhruhnya. Beruntung punya housmate alhamdulillah sehingga harini kami bertadarus setiap kali lepas subuh dan sebelum waktu berbuka. susah juga menahan mata di kala subuh tu, kerap juga segar cuma bila giliran empunya diri yang kena baca. Mungkin juga ini latihan kecil je sebagai persediaan menjadi doktor nanti. Orang sakit kan tetap akan ada waktu Ramadan..

Terasa, realiti hidup masih belum aku lalui..

**

Terkadang, bukanlah untuk kita memandang betapa remehnya mujahadah manusia, sehingga kita lupa bagaimana meletakkan mereka dalam situasi yang sepatutnya. Patutlah ada sahaja hadis seandainya berjemaah subuh dan isyak seolah-olah sudah solat keseluruhan malamnya. mungkin hadis ini sesuai untuk mereka yang masih belum berjinak-jinak dengan solat jemaah. kalau kita ni setiap hari solat jemaah tidak pernah tinggal, entahlah bagiku hadis ini tidaklah menjadikan kita merasa lega sepertinya setiap hari kita sudah selasai betahajjud dipertiga malam, ini pandangan ku sahaja..namum, mungkin juga hadis ini menggembirakan tatkala ada orang yang begitu liat untuk bangun mengerjakan solat subuh, apatah lagi bersungguh untuk bangun mengerjakan tahajjud..ketika itu mungkin kesedihannya luput seketika..

Namun, dalam bersangka baik terhadap mujahadah orang lain, mengajarkan aku sesuatu bahawa kadang-kadang manusia perlu diajarkan apa itu mujadahah, manusia itu perlu diperkenalkan dengan mujahadah, kerana selagi kita tidak kenal, selagi itu kita akan merasa selesa dengan hidup yang tak perlukan mujahadah. Dahulu, ketika sudah hampir setahun dalam halaqah usrah, setiap minggu pasti ditanya mengenai qiam.."bagaimana dengan qiam, bagaimana dengan qiam" sehingga satu saat aku dimarahi (ditegur) kerana tidak memberatkan qiam dalam mutaabaah amal, liat sungguh nak bangun apatah lagi di musim sejuk, subuh pula awal.. sedih kena marah, sedih sebab tak mampu nak bangun qiam. benarlah, peringatan dari manusia begitu menjadikan kita manusia yang tidak meringan-ringankan mujahadah..biarlah sedih sebab tak bangun daripada langsung tak rasa apa-apa sebab tak bangun qiam langsung..

-apabila sudah sampai puncak mujahadah, jangan sengaja menguji diri, 

takut tergolek-golek jatuh ke bawah semula nanti-


Aku pernah mendengar cerita, seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, di malam harinya ada seorang ni melihat kuburnya bercahaya. bila ditanya orang kampung, siapakah lelaki itu, adakah kepunyaan sang alim kubur itu? maka orang kampung menjawab biasa-biasa saja orangnya. maka lelaki  itu pergi bertandang ke rumah lelaki yang sudah meninggal dunia itu, untuk bertemu balu isterinya, isterinya juga berkata tiada apa-apa amalan yang dilakukan arwah suaminya, al-quran pun dia tidak pandai membaca. Cuma ada satu perbuatan pelik suaminya. Setiap malam arwah akan duduk di satu bilik ini, dan keluar darinya dalam keadaan yang lagaknya baru selesai menangis. Lalu lelaki itu pergi ke bilik yang dikatakan si isteri itu. Di lihat ada senaskah al-quran, teringat kata-kata si isteri bahawa suaminya tidak pandai mengaji. kemudian lelaki itu membelek-belek al-quran yang ditinggalkan. Ternyata ada bekas-bekas menunjukkan lembaran quran itu pernah basah ditumpahi air mata lelaki yang sudah meninggal dunia itu.. Mungkin, air matanya yang menangis kerana kesedihan yang keterlaluan akibat tidak mampu membaca ayat-ayat al-quran menjadikan dia hamba yang dicintai Allah..


Allahu Allah..Semoga setiap mujahadah kita Allah kira.. :'(

(Cuti yang bakal ditempuh beberapa hari lagi, sudah penuh jadual ini dengan pelbagai rencana, InshaaAllah, bakal berpeluang menimba sedikit pengalaman di wad bersalin selama 3 minggu, semoga pilihan kedua dari tiga pilhan ini menemukan banyak perkara..teringat waktu tahun pertama dahulu, hampir saja aku pitam, dunia seakan-akan berpusing-pusing saat melihat seorang bayi selamat keluar dari kandungan si ibu..membuatkan aku menolak terus O&G sebagai kerjaya pilihan nanti..entahlah, yang dituntut itu yang diketepikan, tapi kalau doktor yang pengsan susah pulak kan..hehe..tambah seronok apabila mengetahui doktor yang bakal menyambut kami bukan sembarangan makcik..mudah-mudahan kami dipertemukan agar dapat kami berdua cedok sedikit pengalaman.. )

Friday, July 5, 2013

ya Allah,kurniakan kami haqqul yaqin..

Benarlah kata orang, 
Hanya hati yang penuh cinta 
Kan bersungguh-sungguh menggapai yang dicintai itu,

**

Detik terus berlalu. Usia terus memendekkan hayat yang ada, yang terus menggerakkan nadi pada jasad adalah jantung yang tersimpannya sebening hati.
Di kala bunyi mercun memecah keheningan langit di malam hari, bunyi gendang pula seakan memalu hati, sakitnya hati aku!
Apakah tarbiah anak-anak di bumi Mesir yang disuap sehingga kegembiraan yang disambut begitu riang ria sekali!
Adakah mereka sudah kehilangan terbiah sehingga tidak mampu mengenali mana satu pemimpin islam dan yang jahil!

Kejatuhannya,sentiasa membangkitkan kita.


Cinta itu sentiasa suci
Namun ada kala dicemari..
Cinta terhadap dakwah itu
Juga sentiasa suci
Namun percayalah ia akan dicemari andai
Jahilliah masih berkarat dalam diri sang daie..

**

"Kamu tahu kenapa saya bawa usrah ni?"

aku tidak akan pernah lupa kata-kata wanita kental memegang kepakaran O&G, dr. Harlina satu ketika dulu.. salah satu alasannya "saya ada anak-anak, anak-anak saya membesar dan anak-anak orang lain juga membesar. tidak cukup saya mendidik anak saya dengan baik, maka saya mahu mentarbiah ibu-ibu seumur dengan saya supaya mereka juga dapat mendidik anak dengan baik, supaya anak-anak saya nanti hidup di dalam biah soleh dan solehah"

Begitu dia wanita hebat, di celah kesibukan dia masih sempat meluangkan masa untuk urusan dakwah & tarbiyyah.  Realiti yang sentiasa berlaku, tidak ramai yang mengenal  dakwah yang selepas membina baitul muslim aktifnya seperti masa bujangnya, terutamanya wanita..adakah benar sangkaanku? ataukah aku melihat diriku pada masa hadapan, adakah nanti aku miliki jiwa sebesar itu ataukah nanti aku terlalu disibukkan dengan kerjaya, anak-anak dan keluarga? Ah, betapa sukarnya memandang masa depan, kadang-kadang hati terjentik biarlah, mungkin cukup sudah aku menyediakan yang terbaik untuk keluarga sendiri, itu sudah memadai, tatkala itu mungkin aku terlepas untuk merealisasikan cita-cita murni seperti sang ibu yang cergas itu..

"Orang-orang Arab (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah disibukkan oleh urusan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya..." [al-fath:11]

Entah kenapa, beberapa hari-hari yang dilalui, hati begitu terkesan dengan keseluruhan surah, terutama ayat ini.. Cuma mengharapkan Allah yang mengaturkan sebaik-baiknya, atau juga peranan pasangan hidup itu juga penting bagi mengatur rentak langkah seorang isteri, yang juga menjadi keperluan umat.. dan juga peranan seorang isteri tidak pernah terlepas dari mengatur rentak kehidupan seorang suami, isteri itu bisa melalaikan, bisa juga menjadikan suaminya singa Allah..

dari situ engkau akan sentiasa diuji..
dengan ujian perasaan..




**

Pintu Rafah yang telah dibuka ditutup kembali hari ini, sambil disaksikan dukacita seluruh makhluk di sekelilingnya, mungkin Gunung Sinai sudah tidak mampu menahan kesedihan, mungkin burung-burung sudah tidak mahu berpergian singgah, ataupun lalu melihat dengan nada simpati, nasib saudaraku di Palestin dan Syria kan sentiasa di tangan Allah, namun ada manusia yang sanggup mengkhianatinya. Ya, Allah mengizinkan durjana itu, tapi tidak akan selamanya!


kemenangan itu pasti..
cuma adakah aku yang tidak yakin..
kalau yakin, apa lagi..
sudah ada medan kan, buktilkanah di medan amalmu!

Ketika ini aku sentiasa menyaksikan apa yang berlaku di ardul kinanah ini, menjadi asbab kepada ainul yaqin, iaitu keyakinan selepas melihat sendiri dengan mata. Namun haqqul yaqin, kebenaran yang diyakini, hanya mampu dimiliki oleh mereka yang melihat dengan mata hati, tanpa perlu penyaksian seperti melihat kebakaran depan mata, kerana hati mereka sebenarnya sudah lama panas menyala-nyala!

Terlalu banyak perkara yang memuhasabahkan diri ini dari terus alpa.
Alhamdulillah ya Allah, aku masih dipilih untuk menerima & kekal dalam hidayah.
Alhamdulillah ya Allah, atas segala urusan yang Engkau permudah dalam setiap kesulitan 
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap ujian, yang akan tetap menguji kesetiaan, yang kadang aku berpaling dari setia.
Alhamdulillah ya Allah, setiap kali iman yang yanqus (turun) ini, 
Engkau segera mencampakkan rasa agar cepat-cepat kembali bertatih kepadaMu..
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap iman yang yazid (bertambah) ini,
Engkau mengekalkan kami agar terus thabat (kekal) dalam keyakinan yang tidak hebat ini..


Friday, June 7, 2013

[monolog]



"we cannot direct the wind but we can adjust the sails"

awak, biar situasi kalah dengan kita
jangan kita kalah dengan situasi

awak, bila kita hidup untuk diri kita
maka kita akan lupa diri kita untuk siapa


awak, bila awak kata 
kita mahu hidup untuk seseorang kerana
begitulah Allah pinta,
maka awak jangan sekali lupa, 
hidup awak untuk seseorang itu
cuma untuk Allah semata

awak, bila awak kata awak mencintai sesuatu
kerana Allah
semak balik sentiasa
ketika itu adakah awak merasai manisnya iman,
kalau awak tidak merasainya, 
belum cukup awak mencintai sesuatu itu kerana Allah


awak, bila awak kata kerana Allah 
awak lakukan semua itu,
maka awak jangan sekali lupa,
di sebalik itu mungkin awak ada campuri niat
yang Dia mungkin tidak redha
maka awak kena sentiasa bersihkan betul-betul niat awak

awak, awak adalah diri saya sendiri,
tiada terlambat untuk awak (kita)
betulkan apa yang salah
penuhi apa kurang
tinggalkan apa yang tidak perlu

awak, ainul yaqin bukankah kurniaan
kalau kita yakin, Allah akan buang
perasaan yang tidak perlu wujud pun dalam hati kita

awak, tiada siapa pun dapat meyakinkan awak
melainkan awak yakin dengan bisikan 
awak, carilah bisikan yang baik
yang datang dari diri sendiri


manusia mampu menasihati awak,
tapi akhirnya awak akan mendengar bisikan hati awak sendiri
bukankah selalunya begitu, kan?

[hakikatnya sedang monolog kepada diri sendiri!!]

begitu mudah menghafal hadis halawatul iman..
akan tetapi semudah itukah untuk mengamalkannya..
..Allah, iyyaka na'budu wa iyyaka nastaiin..