Pages

Wednesday, November 14, 2012

Jika Harimu Tidak Seindah Mana


‘Quick, you have no time..see the sign and comment..”

Segera aku mengeluarkan ‘flash light’, menyuluh mata mak cik yang sudah separa dekad itu, melihat apa yang tidak kena pada matanya. Mungkin lampu itu agak silau, segera dia meminta walaupun tidak kedengaran kata-kata keluar dari bibirnya, tapi dari hati seakan kedengaran, “sudahlah mak cik sudah penat, nak..”


Dikatup matanya selepas beberapa saat, aku tahu pasti dia sudah terlalu letih menjadi bahan examination kami, memandangkan aku bukanlah antara orang yang awal-awal menyentuh dirinya.  Ya hari ini, hari pertama aku menduduki exam OSCE dalam round Opthalmology’,round pertama aku sebagai pelajar ‘clinical’. Sebenarnya sudah terlalu lama kami menanti tahun ini kerana walaupun penat, walaupun masa tidak sesenggang dahulu dan sudah tentu lebih payah kerana berhadapan dengan pesakit sebenar dan datang dengan pelbagai kes, tapi mungkin juga dengan kehadiran mereaka, seakan memberi semangat kepada kami, supaya merasakan betapa pentingnya ilmu itu melekat di dada…kerana aku merasakan “kasihan pesakit-pesakit yang datang ni, pasti kecewa sekiranya doktor-doktor yang ada ni tidak tahu bagaimana merawatnya..


Mungkin itu pandangan dariku, tapi ada yang mengajar aku bahawa tidak semua yang datang begitu mengharap mereka akan sembuh selepas menerima rawatan. Mereka datang sebagai ikhtiar, bukanlah berharap pada manusia untuk menyembuhkan.. Aku masih ingat minggu lalu, temanku ada bercerita, sewaktu dia mengambil sheet patient, pak cik itu sudah hilang penglihatan mata sebelahnya. Datang ke hospital kerana mata sebelahnya pula yang mulai kabur. Namun, sepanjang masa dirinya mengucapkan “alhamdulillah, Alhamdulillah…mataku yang lagi satu ini masih boleh melihat…walaupun hampir kabur sedikit..”

Didikan kepada diri sendiri yang bagainanakah itu? 

Ah, temanku aku malu pada diri sendiri. Bagaimana tidak merasa malu, ketika diri kurang mensyukuri nikmat pandangan yang Allah berikan. Ketika pandanganku tidak melihat jiwa lain yang hakikatnya sedang sengsara akibat kurang merasa kasih Tuhan. Ketika pandanganku tidak mahu melihat segala perkara yang datang sebagai satu didikan dan ujian. Ketika pandanganku sudah seakan letih melihat kecelaruan dunia yang tidak sudah-sudah. Ketika pandangan akal dan hati yang lemah pula selalu melihat pada yang kekurangan diri, lantas mahu beralah dan cepat putus asa!

Lalu, apakah begitu sukar untuk setiap saat yang dilalui, menjadikan nafas yang dihembus adalah hembusan nafas seorang hamba…?  


Temanku, walaupun hari ini tidak seindah mana, bila mana ada soalan yang diajukan mungkin terpinga-pinga kita menjawabnya, kerana tiada  tertulis di dalam buku atau jika adapun mungkin kurang waktu untuk mengkaji semuanya dengan sepenuh hati , ataupun kiranya sudah engkau baca tapi masih juga engkau lupa, usahlah berputus asa temanku, mintalah pada Tuhan dalam usahamu..kerana ada temanku mengirim ayat ini yang begitu menyentuh hatiku..harapnya, hatimu tersentuh juga..

“Kami akan membacakan kepadamu sehingga kamu tidak akan lupa. Kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.dan Kami akan memberi kamu taufik ke jalan yang mudah” 
[surah al-a’la]



1 comment:

diyana said...

nisa, dats true, terlalu banyak hikmah ke atas kita yg belajar medik ni..actually xkisah la belajar ape..asalkan kita melihat dgn hati, bukan dengan mata semata2.. :)

blog lama dah buang, ni link blog baru..jemputlah dtg, khas utk sahabat2 yg jauh di mata.. :')

http://sigadis-diyana.blogspot.com

ps: boleh x remove setting masukkan code ni.. :S