Pages

Friday, November 23, 2012

Berbahagialah Wahai Jiwa yang Resah


Ya Allah..

Satu-persatu.

Kepingan ‘puzzle’ yang Engkau hadirkan
Menambah teka-teki
Buat kadang ada jiwa menanti
Dengan senyuman
Namun lebih banyaknya
Getar dan resah
Lukisan apakah ini..


Resah.
Bila pengaduan jiwa itu
Tidak seperti adakalanya
Yang dulunya seakan mudah
mendengar jawapan yang Engkau ilhamkan
Tapi kini..
Mengapa seolah jiwa itu dibiarkan
Dalam ketidakpastian
Memburu jawapan
Apakah Engkau tidak mahu peduli lagi..

“Ya Hayyu,
Dengan rahmatMu aku mohon pertolongan
Perbaikilah untukku urusanku semuanya
Jangan Engkau serahkan aku
Kepada diriku walaupun seketika..
Hakikatnya aku tidak tahu mengurus diriku

Ya Qayyum,
Jangan Engkau pula serahkan aku
kepada manusia..
kerana mereka akan disia-siakan aku..”
-Doa yang diajar Rasulullah kpd Fatimah r.a-

Mungkin..

Ada lukisan indah yang cuba Engkau pamerkan
Ketika lambakan langit biru yang cuba Engkau curahkan
Maka ketika itu aku masih sentiasa rindukan
Kemunculan horizon langit jingga
Tenangnya memukau rasa


Jendela akan kubuka seluasnya
Agar aku dapat melihat Engkau
Melalui fajarMu..

Subhanallah..
Alangkah indahnya..

 “Demi waktu dhuha. Dan apabila malam ia sunyi sepi. Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu…” [Ad-Dhuha]

(Temanku, begitulah perasaan Rasulullah, jiwanya begitu subur dengan siraman wahyu dari kekasihnya Allah. Namun, ada satu saat bila mana setelah sekian lama wahyu dari langit tidak diturunkan, maka duka citalah hati baginda, merasakan apakah Allah tidak mahu dirinya menjadi Nabi lagi..merasakan dirinya tidak dipedulikan lagi..lalu diturunkan surah Ad-dhuha ini buat memujuk hati baginda..temanku, jika hatimu begitu sunyi, ibadahmu zikirmu melangit namun sepi, merasakan tiada kesannya pada jiwa dan hati..maka lihatlah kepada langit, pada fajar yang sedang menyinsing..pasti engkau dapat melihat kasihnya Allah dalam fajarNya itu...wallahua'lam)



No comments: