Pages

Monday, November 5, 2012

Tabukku Tidaklah Begitu Jauh



andai kerana manusia dirimu melangkah
maka pasti sudah lama dirimu
berpaling dan berlari
kerana sudah benci
dikejar mereka

tapi mengapa
walaupun setelah hatimu banyak kali berkata
"sudahlah, dayaku cuma sampai di sini
aku tidak larat lagi berjalan"
meskipun bukan puncak Everest ingin didaki
cuma lorong yang panjang
yang tidak diketahui
di mana garis
penamatnya

maka
jika dirimu benci pada manusia itu
yang seakan 'memaksa' dirimu
maka apa lagi yang tinggal
selain engkau mengingati
janji-janji dari Tuhan..

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) [as-saff :10-11]

(Temanku, aku juga tidak tahu...apakah diri ini sudah cukup beriman dengan dengan janji-janji teragung yang diberikan Tuhan..  aku juga tidak mahu bergantung kepada manusia, kerana kadang2 aku rasa biarlah aku menyusur hidup untuk kebaikan diriku, melakukan cuma apa yang aku rasa aku mampu...tapi kerana aku tahu aku hanyalah manusia yang lemah itu, yang imannya tidaklah hebat sepanjang masa, seperti Rasulullah dan para sahabat..kerana aku bukanlah seperti Kaab bin Malik yang bertaubat puluhan hari tiada henti, dimurka Rasulullah, dipulau sahabat yang lain..kerana tidak menyertai Perang Tabuk yang menuntut dirinya..kerana aku tahu taubatku pasti tidak sehebat itu, yang rela dirinya dipulau manusia..yang rela diketahui manusia akan dosanya, yang rela dijauhkan dirinya drpd isterinya kerana perintah Rasulullah..yang menghabiskan malam hari-harinya dengan tangisan memohon keampunan kepadaNya.. maka.. aku perlukan dirimu wahai teman, untuk memaksa aku kembali mengingati janji Tuhan kepada kita, saat lelah datang menyesakkan dada, saat aku mahu berlari kembali pada permulaan di mana aku melangkah..kerana mungkin selama-lamanya aku tidak akan datang lagi meneruskan kembara ini, bila tiba masanya aku sudah seakan serik..kerana mungkin ketika itu, aku sendiri tidak sedari rupanya aku telah melakukan dosa.. maka datanglah 'menghentam' sanubariku..kirimkan aku ayat-ayat cinta dari Tuhan kita..kerana tiada yang lebih manis melainkan surat cinta dariNya..)

No comments: