Temanku, hari ini aku perlu banyak bicara. Sudah
lama aku menangguh untuk satu penulisan yang begitu penting aku kira. Kerana
bukan waktu yang mencemburui, jika itu.. cuma alasan yang aku beri. Tapi
mungkin rasa sangsi dalam diri apabila memikirkan, temanku apa mungkin kau
bersedia mendengar cerita dariku? Atau mungkin masalahnya datang dari aku
sendiri. Rasa belum bersedia untuk segala kemungkinan (ah, begitu banyak
alasan) ..Seharusnya segalanya diletakkan kepada
DIA selepas usaha seciput ini..
Temanku, kemari dalam dakapanku sebentar..
Samada engkau cakna atau tidak, perasan atau tidak,
tahukah engkau pada saat ini dunia sudah begitu hampir pada akhirnya. Ya, aku
tahu engkau percaya akan itu. Tanda-tandanya sudah terlalu banyak. Tapi perlu
engkau tahu antara PERCAYA dengan YAKIN terlalu besar bezanya. Renung sesaat
dua temanku...Pada hari ini engkau melihat di kaca televisyen negara-negara
islam yang dulunya dikecam, pemimpin-pemimpin yang dulunya ibarat lembu dicucuk
hidung oleh negara-negara Barat, kini sudah mulai bangkit satu persatu..
Percayakah engkau suatu hari nanti Islam akan menuju kegemilangan sekali lagi
sebelum dunia melabuhkan tirainya? Pada waktu itu sekali lagi Islam akan menjadi
World Order sepertimana keraajaan Islam pernah menjadi sumber rujukan suatu
ketika dahulu.
Biarlah aku bicara mengenai perkara yang
benar-benar aku tahu.
Jika rakyat Mesir bangkit kerana tersebarnya
semangat kebangkitan pemuda untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mobarak melalui laman
Twitter dan Facebook dan jika rakyat Tunisia bangkit kerana melihat seorang lelaki bernama Bu Aziz membakar dirinya
setelah dilempang oleh polis wanita kerana berasa malu atas penghinaan itu,
maka di Syria pula kini rakyatnya masih berjuang menentang kekejaman Basyar
Assad laknatullah...
Maka setelah jatuhnya regim Mobarak di Mesir, tahukah
engkau dengan izin Allah muncullah seorang pemerintah dalam kalangan mereka
yang mengingat Allah. Menjadikan Allah sebagai tunjang dalam paksi pemerintahnya.
Dr. Muhammad Morsi, seorang hafiz al-quran, engineer yang tidak berpengalaman
dalam bidang politik...tidak salah rasanya aku mengatakan beliau dilantik oleh
Allah, semuanya atas izin Allah...tatkala tidak semua rakyatnya memilih dirinya
untuk menjadi
pemerintah kerana banyak lagi calon lain yang memberikan
manifesto yang tidak kurang hebatnya. Aku masih ingat lagi pada saat pengumuman
kami, pelajar-pelajar di sini turut merasa debarannya. Siapakah yang bakal
memimpin, apakah sejarah pahit akan berulang lagi...atau kemenangan bakal milik
kita nanti....
Temanku, mengapa aku menceritakan kisah ini? Mungkin
engkau pernah dengar akan cerita ini, mungkin juga tidak. Mungkin berulang kali
dan berulang kali. Biarlah, kerana biarlah aku mengingat saat aku sedar, dan engkau
mengingat saat aku alpa. Siapakah Dr Muhammad Morsi, apakah latar belakangnya? Maka
mari kita mengimbau akan sejarah. Sejarah ini tidak akan pernah bosan...malah
ia akan membuatkan engkau sedar akan satu perkara..mudah-mudahan..
Kenalkah engkau pada seorang ini. Namanya as-syahid
Imam Hassan al-banna. Siapakah beliau temanku? Ketahuilah bahawa dia adalah
orang yang sedar tatkala kerajaan Bani Uthmaniyyah jatuh ketika itu. Pada waktu
itu sistem khilafah telah dilenyapkan. Majlis syura dihapuskan...maka tiadalah
pemimpin yang lahir atas rundingan Syura.. lenyaplah pemimpin-pemimpin yang
mengagongkan Allah dalam sistem pemrintahnya. waktu itu merupakan Zaman
Kejatuhan Islam yang terdalam.
Graf ini dilakar oleh Prof. Dr. Hafidzi ketika
menghadiri suatu seminar.
Maka as-syahid Imam Hassan al-banna bersama beberapa
rakannya yang lain (sila rujuk sumber untuk mengetahui lebih dalam) keluar mencari
permata-permata Islam. Permata-permata yang bakal menaikkan kembali kegemilangan
Islam. Permata-permata ini ditarbiyyah(dididik) agar menjadi individu Muslim
yang bakal menggegar dunia keseluruhannya. Bukan sedikit masa diambil akan tetapi
kesabarannya membuahkan hasil. Hasilnya dapat kita lihat hari ini, bukan?
Temanku, kebanyakan dari kita lebih gemar menjadi
penonton. Seperti aku, kegembiraan tiada terkira apabila Islam semakin menunjukkan
sinarnya. Tapi di sebalik semuanya, ada jerih mereka yang tidak dilihat oleh
mata. Seperti pemain di padang bola, keringat yang keluar membasahi tubuh
kerana berjuang mendapatkan mata gol.. pasti, pasti jauh bezanya dengan
keringat si penonton yang disimbah matahari semata-mata.
Ah, kini semakin rasa berat untuk aku meneruskan
bait kata
Pernahkah engkau melihat tangga-tangga di atas ini. Sedarkah
engkau untuk menghasilkah sebuah negara muslim memerlukan anak tangga pertama.
Apakah anak tangga pertama itu temanku? Semuanya berbalik kepada diri kita.Nah
jelas bukan? Untuk melahirkan keluarga muslim asasnya berbalik kepada individu.
Lahirnya ramai keluarga muslim melahirkan masyarakat muslim dan naiklah pada peringkat
seterusnya. Yakinlah temanku, muslimnya kita bukan hanya pada nama, bukan hanya
pengangan kita mentauhidkan Allah yang Esa. Kini, bukan itu lagi dibimbangkan.
Tapi yang dibimbangkan, adakah kita semua bersedia untuk ditarbiyyah (dididik)
dengan asuhan yang sebenar-benarnya..? Sepertimana mereka...
Temanku, biarlah aku tinggalkan persoalan itu untuk
dirimu menggalinya sendiri. Jangan biarkan persoalan terus diawangan. Teruskan
mencari jawapan. Mintalah petunjuk dari Allah, kerana hanya Dialah petunjuk
jalan. Waktu akan terus berjalan. Masa akan meninggalkan kita. Belajarlah dari
Sahabat Rasulullah bilamana dirinya percaya namun tidak yakin untuk menyertai
Islam menyatakan seribu penyesalannya... tatkala Islam akhirnya
mendapat kemenangan dirinya tiada bersama.. (saat pembukaan kota Mekah). Maaf, aku terlupa namanya…
3 comments:
kau tahu,
aku punya seorang teman,
yg kecil bersama,
tapi mendewasakan diri dgn saling berjauhan.
aku hanya lihat foto dan membaca nukilanmu,
dengan impian agar tali persahabatan kita akan tetap selalu utuh,
seperti teguhnya karang di lautan.
ketahuilah,
kau masih mampu menyentuh hatiku disaat kita berjauhan.
:')
thanx nisa..
esah.... =(
Yan.....nana.....
Biar kita lebih teguh dari karang...
Kerana ombak di daratan lebih besar amukannya..
Sudilah menjadi pendokong setiaku..
Kala ku hampir retak dipukul ombak..
Post a Comment