Pages

Thursday, September 20, 2012

BAGAIMANA HARUS AKU..


Temanku, hari ini aku perlu banyak bicara. Sudah lama aku menangguh untuk satu penulisan yang begitu penting aku kira. Kerana bukan waktu yang mencemburui, jika itu.. cuma alasan yang aku beri. Tapi mungkin rasa sangsi dalam diri apabila memikirkan, temanku apa mungkin kau bersedia mendengar cerita dariku? Atau mungkin masalahnya datang dari aku sendiri. Rasa belum bersedia untuk segala kemungkinan (ah, begitu banyak alasan) ..Seharusnya segalanya diletakkan kepada
DIA selepas usaha seciput ini..

Temanku, kemari dalam dakapanku sebentar..

Samada engkau cakna atau tidak, perasan atau tidak, tahukah engkau pada saat ini dunia sudah begitu hampir pada akhirnya. Ya, aku tahu engkau percaya akan itu. Tanda-tandanya sudah terlalu banyak. Tapi perlu engkau tahu antara PERCAYA dengan YAKIN terlalu besar bezanya. Renung sesaat dua temanku...Pada hari ini engkau melihat di kaca televisyen negara-negara islam yang dulunya dikecam, pemimpin-pemimpin yang dulunya ibarat lembu dicucuk hidung oleh negara-negara Barat, kini sudah mulai bangkit satu persatu.. Percayakah engkau suatu hari nanti Islam akan menuju kegemilangan sekali lagi sebelum dunia melabuhkan tirainya? Pada waktu itu sekali lagi Islam akan menjadi World Order sepertimana keraajaan Islam pernah menjadi sumber rujukan suatu ketika dahulu.

 

Biarlah aku bicara mengenai perkara yang benar-benar aku tahu.

Jika rakyat Mesir bangkit kerana tersebarnya semangat kebangkitan pemuda untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mobarak melalui laman Twitter dan Facebook dan jika rakyat Tunisia bangkit kerana melihat seorang lelaki bernama Bu Aziz membakar dirinya setelah dilempang oleh polis wanita kerana berasa malu atas penghinaan itu, maka di Syria pula kini rakyatnya masih berjuang menentang kekejaman Basyar Assad laknatullah...

Maka setelah jatuhnya regim Mobarak di Mesir, tahukah engkau dengan izin Allah muncullah seorang pemerintah dalam kalangan mereka yang mengingat Allah. Menjadikan Allah sebagai tunjang dalam paksi pemerintahnya. Dr. Muhammad Morsi, seorang hafiz al-quran, engineer yang tidak berpengalaman dalam bidang politik...tidak salah rasanya aku mengatakan beliau dilantik oleh Allah, semuanya atas izin Allah...tatkala tidak semua rakyatnya memilih dirinya untuk menjadi
pemerintah kerana banyak lagi calon lain yang memberikan manifesto yang tidak kurang hebatnya. Aku masih ingat lagi pada saat pengumuman kami, pelajar-pelajar di sini turut merasa debarannya. Siapakah yang bakal memimpin, apakah sejarah pahit akan berulang lagi...atau kemenangan bakal milik kita nanti....

Temanku, mengapa aku menceritakan kisah ini? Mungkin engkau pernah dengar akan cerita ini, mungkin juga tidak. Mungkin berulang kali dan berulang kali. Biarlah, kerana biarlah aku mengingat saat aku sedar, dan engkau mengingat saat aku alpa. Siapakah Dr Muhammad Morsi, apakah latar belakangnya? Maka mari kita mengimbau akan sejarah. Sejarah ini tidak akan pernah bosan...malah ia akan membuatkan engkau sedar akan satu perkara..mudah-mudahan..

Kenalkah engkau pada seorang ini. Namanya as-syahid Imam Hassan al-banna. Siapakah beliau temanku? Ketahuilah bahawa dia adalah orang yang sedar tatkala kerajaan Bani Uthmaniyyah jatuh ketika itu. Pada waktu itu sistem khilafah telah dilenyapkan. Majlis syura dihapuskan...maka tiadalah pemimpin yang lahir atas rundingan Syura.. lenyaplah pemimpin-pemimpin yang mengagongkan Allah dalam sistem pemrintahnya. waktu itu merupakan Zaman Kejatuhan Islam yang terdalam.

Graf ini dilakar oleh Prof. Dr. Hafidzi ketika menghadiri suatu seminar.

Maka as-syahid Imam Hassan al-banna bersama beberapa rakannya yang lain (sila rujuk sumber untuk mengetahui lebih dalam) keluar mencari permata-permata Islam. Permata-permata yang bakal menaikkan kembali kegemilangan Islam. Permata-permata ini ditarbiyyah(dididik) agar menjadi individu Muslim yang bakal menggegar dunia keseluruhannya. Bukan sedikit masa diambil akan tetapi kesabarannya membuahkan hasil. Hasilnya dapat kita lihat hari ini, bukan?

Temanku, kebanyakan dari kita lebih gemar menjadi penonton. Seperti aku, kegembiraan tiada terkira apabila Islam semakin menunjukkan sinarnya. Tapi di sebalik semuanya, ada jerih mereka yang tidak dilihat oleh mata. Seperti pemain di padang bola, keringat yang keluar membasahi tubuh kerana berjuang mendapatkan mata gol.. pasti, pasti jauh bezanya dengan keringat si penonton yang disimbah matahari semata-mata.

Ah, kini semakin rasa berat untuk aku meneruskan bait kata

maka untuk jadi pemain, haruslah belajar bagaimana bermain..

Pernahkah engkau melihat tangga-tangga di atas ini. Sedarkah engkau untuk menghasilkah sebuah negara muslim memerlukan anak tangga pertama. Apakah anak tangga pertama itu temanku? Semuanya berbalik kepada diri kita.Nah jelas bukan? Untuk melahirkan keluarga muslim asasnya berbalik kepada individu. Lahirnya ramai keluarga muslim melahirkan masyarakat muslim dan naiklah pada peringkat seterusnya. Yakinlah temanku, muslimnya kita bukan hanya pada nama, bukan hanya pengangan kita mentauhidkan Allah yang Esa. Kini, bukan itu lagi dibimbangkan. Tapi yang dibimbangkan, adakah kita semua bersedia untuk ditarbiyyah (dididik) dengan asuhan yang sebenar-benarnya..? Sepertimana mereka...

Temanku, biarlah aku tinggalkan persoalan itu untuk dirimu menggalinya sendiri. Jangan biarkan persoalan terus diawangan. Teruskan mencari jawapan. Mintalah petunjuk dari Allah, kerana hanya Dialah petunjuk jalan. Waktu akan terus berjalan. Masa akan meninggalkan kita. Belajarlah dari Sahabat Rasulullah bilamana dirinya percaya namun tidak yakin untuk menyertai Islam menyatakan seribu penyesalannya... tatkala Islam akhirnya mendapat kemenangan dirinya tiada bersama.. (saat pembukaan kota Mekah). Maaf, aku terlupa namanya…

Wallahua’lam..

3 comments:

diyana said...

kau tahu,
aku punya seorang teman,
yg kecil bersama,
tapi mendewasakan diri dgn saling berjauhan.

aku hanya lihat foto dan membaca nukilanmu,
dengan impian agar tali persahabatan kita akan tetap selalu utuh,
seperti teguhnya karang di lautan.

ketahuilah,
kau masih mampu menyentuh hatiku disaat kita berjauhan.

:')

thanx nisa..

Siti Nur Hanna said...

esah.... =(

bintu fatimah said...

Yan.....nana.....

Biar kita lebih teguh dari karang...
Kerana ombak di daratan lebih besar amukannya..

Sudilah menjadi pendokong setiaku..
Kala ku hampir retak dipukul ombak..