Assalamualaikum....
Kisah yang diceritakan adalah pengalaman yang dilalui oleh seorang rakan, Nursyahera Bahtiar sepanjang menjalani ‘attachment’ di sebuah hospital tanah air. Beliau merupakan rakan sekolah dan sekarang masih bersama-sama berjuang di tanah orang mengutip secebis ilmu medik.
Terlebih dahulu, mungkin sesetengah orang kurang jelas mengenai ‘attachment’ yang disebutkan di atas. Kurang pasti samada attachment memang khusus untuk pelajar luar negara tapi yang pasti ‘pakej’ ini memang tersedia untuk pelajar medic luar negara yang sememangnya tidak terdedah dangan suasana hospital di Malaysia sepanjang menuntut di universiti luar Negara. Perkara ini tidak menjadi kewajiban akan tetapi sebagai memenuhi masa cuti yang begitu lapang terutamanya bagi kami yang menuntut di Timur Tengah. Kami tak banyak cuti, tapi sekali cuti lebih kurang dalam 2 bulan macam tulah.
Macam pelik tulis pengalaman orang sebenarnya. Mana tak nya, bercerita balik pengalaman orang yang sebenar tak sama macam orang yang tak lalui. Tak kisahlah, janji peroleh sesuatu yang dapat dikongsikan bersama.
**
Hari pertama
Jam belum lapan pagi. Namun batang tubuh Syera sudah di depan bangunan Hospital Jasin, Melaka. Bagus, punctual! Ini bakal doktor yang kita mahukan! Surat attachment pengakuan dari U masih belum diserahkan. Itukah sebabnya datang awal?
*sebenarnya surat pengakuan dari u beserta surat rasmi perlu diserahkan kepada pihak yang berkenaan supaya dapat surat maklum balas dari hospital membenarkan pelajar tersebut buat ‘attachment’ secara rasminya.
Dipendekkan cerita, Syera dibawa ke ‘emergency unit’. Sebenarnya, Syera datang bersama Ira, juga rakan sekuliah.
Pesakit 1
Perempuan melayu, berumur. Doktor menujukkan X-ray lung (paru-paru) kepada Syera. Berikut mungkin imej yang sesuai untuk dipaparkan mengikut apa yang diceritakan.
imej x-ray tidak normal
nak diagnose sakit apa kena tahu yang normal macam mana..
imej x-ray normal
apakah diagnosis anda?
Sebenarnya kata doktor pesakit ni ada CARDIOMEGALY (enlarged heart), pembesaran jantung. kalau dilihat x-ray yang tak normal kat atas ni jantung tu dah menutupi paru-paru kiri pesakit (inferior lobe). kata doktor lagi pesakit ni juga ada PNEUMONIA (radang paru-paru).
apakah sebab pembesaran jantung? simptom-simptom yang dialami pesakit?
insyaALLAH akan bersambung esok (kot, semoga rajin)...
*sebenarnya banyak lagi pesakit yang diceritakan oleh Syera.
penulis juga perlukan masa untuk mengkaji kes ini. module cvs baru saja berlalu. result pun sudah dapat. sudah mahu lupakan? hee
sebarang perkongsian dialu-alukan sangat-sangat supaya dapat menambahkan ilmu yang sedikit di dada. wallahua'lam...
5 comments:
wohh cool! tahun depan baru tergerak hati nak pegi attchment, tahun ni nak rilek2 dulu
aaa. esok cite la lagi
cite la lagii
kite mo tahuuu!
hehe.
err. err. rasa menyesal lak x nak buat attachment tahun ni
dah la cuti lama dr tahun lepas
tahun depan? err ntah ada ntah xda :D
kitorg cm xde attachment jek? >.<
style :)
insyaAllah..akan bersambung..
yan, ko cuti tak lama ke? attachment ni wajib 2 minggu je kalau nak buat.
Post a Comment