Pages

Thursday, August 18, 2011

di samping kamu..ujian itu

assalamualaikum!


senyum lebar-lebar :)


cuti winter yang lepas planning ke Turki tak jadi disebabkan ada thaurah (revolusi) yang melanda Mesir. tragedi yang menyebabkan kami terkandas dua minggu pastu duduk diam-diam je dalam i'marah (bangunan). cuti summer ni pula tak jadi menunaikan umrah disebabkan masalah visa ditolak...panjang kalau mahu cerita. ada nada kecewakah di sini? erm, tak apalah, senyum senyum kambing saja.... sebab sekurang-kurangnya kami dapat ke jordan walaupun 15 jam....hehe


senyum lebar-lebar kenapa? 
akhirnya wajah bonda & ayahanda kutatap jua..

First impression melihat orang amman, rasanya orang mesir lagi cantik rupanya...walaupun orang amman memiliki mata besar besar dan BESAR dan hidung yang mancung, mancung dan MANCUNG. tapi arab mesir natural beauty diorang lagi menarik. yakah? ini hanya first impression. erm, namun apalah yang ada rupa paras...kalau hanya luaran semata-mata..

Telah bersabda rasulullah (s.a.w),"Sesungguhnya Allah (s.w.t) tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak pula rupa paras kamu, tetapi Allah (s.w.t) melihat kepada hati kamu.”

ambil gambar sekitar hotel je sbb tak keluar pun

ada seorang kawan pernah bertanya. "aku ni cantik tak?" 
cuma tersenyum padanya kerana soalan itu pula yang keluar dari mulut beliau. mungkin rasa terlalu rendah diri yang ada pada beliau. saya jawab "tengoklah pada beholder of the eyes...tengoklah pada mata yang memandang..kan?"

Tapi bukan cantik luaran yang menjadi kekaguman. lebih kagum pada dirinya yang tidak rendah diri , maksud saya tidak malu-malu membuat kebaikan dalam agama. dalam erti kata yang lain, dirinya cantik kerana agama yang ada padanya. bukankah itu lebih indah dan lebih dikagumi? tahu saja dia mengerti perihal itu, cuma kadang-kadang.. hati manusia ini penuh dengan keluh kesah...mengerti ada kebimbangan dalam hatinya..

“Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah, apabila ditimpa keburukan, ia keluh kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta), ia enggan bersedekah kecuali orang yang bersolat. (Surah Al-Ma’arij: 19-22). 

cantiknya bunga menjadi idaman..


UJIAN LAIN

namun ujian kesabaran itu lebih hebat. maka turunlah ujian ibarat batu mencurah mengganggu emosi. gurau sikit mahu touching touching kah? mahu emosi kah? hee

akulah itu antaranya yang terlalu sensitf....
islah nafsi, bukan mudah mengubah tapi perlu ada usaha!
teringat kata-kata mantan pci, sahabat yang baik berusaha sedaya upaya tak menyakiti hati sahabatnya, DAN  juga sedaya-upaya tidak terasa hati pada sahabatnya. sungguh pedas terasa! 

sebabnya kita ni selalu saja TERASA HATI dengan kawan-kawan lebih-lebih lagi bila makin rapat. sikit-skit nak terasa. tak buat salah pun terasa. cakap sikit pun nak terasa. tak endah sikit nak terasa...macam-macam lah terasa..bila jauh rindu pula...hai~

berdasarkan pengalaman, lebih baik luahkan. kalau pendam PASTI WAJIB MESTI adanya salah faham......salah faham kalau biar lama-lama akan parah lagi-lagi kalau pendam, kumpul-kumpulkan. tak elok tu kan. biar sahabat kita tahu adanya rasa tidak senang dalam hati tapi beritahulah dengan cara yang berhemah dan boleh diterima.


aku mahu jadi besi, kuat dan kukuh!
tapi aku tak mahu jadi besi yang apabila bertemu air...
 pasti berkarat akhirnya...


No comments: