Assalamualaikum..
Hari ini, perbualan dengan Syera, buat gelak saja. Orang lain tengah bersenang-senang, dia pula kena menyibukkan diri untuk study.
“malam ni aku kena study. Habis semua doktor dekat situ tanya macam-macam”
**
Kumpul kekuatan untuk meneruskan penulisan.
Semalam pengenalan mengenai ‘attachment’ telah ditulis. Bagi yang masih belum membaca, boleh klik di sini.
Pesakit pertama yang diceritakan mengalami masalah pembesaran jantung atau dalam istilah mediknya, cardiomegaly.
Serba sedikit mengenai cardiomegaly : Bukanlah sejenis penyakit tapi merupakan simptom kepada keadaan lain seperti tekanan darah tinggi, anemia (kurang sel darah merah), arrhythmia (denyutan jantung tidak normal, masalah tyroid dan pelbagai punca yang menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan normal.
Bagaimana jantung boleh membesar?
Sebab bila jantung sudah tak berapa normal mulalah jantung tu bekerja lebih kuat untuk compensate supaya darah dapat pergi ke organ-organ seperti biasa.
sayangi jantung anda..
Pesakit semalam mempunyai tahap heart rate yang agak tinggi. Doktor yang bertugas membuat kesimpulan pesakit itu menghadapi masalah hypertensi yang membawa maksud tekanan darah tinggi ataupun dalam omputihnya high blood pressure. Boleh dikatakan tekanan darah tinggi merupakan silent killer yang jika tidak dirawat boleh membunuh pesakit. Pernah dengar istilah ‘heart failure’, ‘cardiac arrest’ & ‘sudden death’? Hmm, begitulah kesudahannya.
ketahui bagaimana mengelak masalah jantung anda..
Pesakit 2
Lelaki berketurunan India, menghadapi masalah diabetes. Kedua-dua belah kaki telah dipotong hingga lutut. Baru menjalani pembedahan membuang anggota kaki yang telah rosak seminggu lalu.
komplikasi pesakit diabetes, perlu dibuang supaya infeksi tidak merebak..
-sekadar gambar hiasan-
Pesakit datang ke hospital mengadu sakit-sakit dan bengkak di kaki.
Sakit-sakit walaupun sudah seminggu operation?
Bila dicek jahitan yang dibuat, sempurna, tiada nanah ataupun apa-apa komplikasi. Yang merawat juga doktor India. Doktor tu cakap, luka tu baru seminggu, jadi memang akan rasa sakit sebab kita dah potong nerve (urat saraf) masa potong kaki ni. Jadi, urat saraf yang dah potong akan rasa sakit.
Kenapa bengkak (swelling) di kaki?
Ini merupakan perkara biasa bagi pesakit yang menjalani operation yang dipanggil post-operative swelling. Sebab apa? Sebab lepas operation pesakit asyik duduk baring saja, tidak menggerakkan anggota yang baru dibedah, sebab tu lah berlaku swelling.
Sama juga macam perempuan mengandung digalakkan banyak berjalan supaya kaki tidak bengkak.
Lagi satu, doktor tu nasihatkan pesakit yang menghidap diabetes tu supaya berehat di rumah daripada duduk di wad sebab immune pesakit tu pada tahap yang rendah. Kalau duduk dekat hospital lebih mudah dapat infection.
**
insyaAllah, esok penulis akan bercerita mengenai seorang pesakit diserang respiratory alkalosis. Kes ini menarik, sungguh!! kata Syera....
*repiratory alkalosis merupakan sejenis masalah pernafasan.
sebarang perkongsian dialu-alukan sangat-sangat supaya dapat menambahkan ilmu yang sedikit di dada. wallahua'lam...
2 comments:
cool juga :)
NICE (:
Post a Comment