Pages

Tuesday, June 28, 2011

rakit itu mahu aku siapkan


foto sumber ilham FHR

rakit itu mahu aku siapkan
bukan berseorangan
buluh-buluh itu
perlukan pertolangan
dari kamu yang hadir dalam hidup aku..


rakit telah siap
syukur dan gembira
namun hati masih getar
melihat deras air sungai
kukuhkah rakit yang kita bina?


kudayung rakit itu
sambil tawakal letak padaNya
sedikit gelisah pergi
kerana masih ada
kau yang sedia menemani
tiap detik dan waktu..

sungguh aku perlu kamu
kerana andai tiada kamu
aku tidak tahu.. 
mampukah aku untuk terus..
berada di atas rakit itu
meredah cabaran bukan sedikit 


syukur aku
kerana hadir dirimu
mengingatkan aku 
tiap kali aku lalai
tiap kali aku lena
tiap kali aku putus asa..

tanpa kamu
rakit itu...entah bila akan siap
sungai itu...entahkan tidak dapat diredah dengan selamat

 dan Allah jualah tempat bergantung
kerana aku dan kamu tahu 
sungguh Dia Maha Mengasihi
dihadiahkan pelengkap hidup
 diutus kamu dalam ukiran sejarah hidupku
kerana andai tanpa kamu
siapalah aku
patah..

**
masih belum lewat bukan 
untuk aku ucapkan..

terima kasih SAHABAT...


yang tulus,

4 comments:

fatin adiba said...

siapakah gerangan SAHABAT itu?
esah sgt puitis. sukeeeeeeeeee :))

aisyah fakriyah said...

esah, romantiknya esah ni. bermadah puitis bagai.
btw, suka post esah tu. dah la lagu mendayu nak mengalir air mata ni.

bintu fatimah said...

cik fatin adiba lah salah seorang nye..terharu x..hehe :)

aisyah : ape pulak romantiknye.xde kaitan la aisyah ni..tamo nanes2 nnt sye kne dtg asrama jauh2 kesat air mata aisyah..

bintu fatimah said...

cik fatin adiba lah salah seorang nye..terharu x..hehe :)

aisyah : ape pulak romantiknye.xde kaitan la aisyah ni..tamo nanes2 nnt sye kne dtg asrama jauh2 kesat air mata aisyah..