Monday, June 13, 2011

JANGAN MERAJUK SAYANG

assalamualaikum!


kalau kita merajuk dengan manusia boleh je nak luahkan kan. buat muka tak best, hantar mesej, surat layang, tak pun direct je cakap "aku merajuk dengan kau semalam" heh, cakap tu macam biasa guna je kan. tak pun  ada orang tanya "eh, kau merajuk ke semalam?" haha


kalau kita merajuk dengan Allah, macam mana pula kita luahkan? 
cuba, cuba kita bayangkan.....
jarang sekali kita sedar kan kita sebenarnya selalu saja merajuk dengan Allah.


artikel ni saya jumpa, bila dibaca, memang terasa
'aku ni selalu je merajuk dengan Allah'
pastu tak sedar sedar rupanya selama ini kita selalu saja merajuk dengan Allah, bukan dengan manusia jek...


**
Ada sebuah hakikat yang saya berpegang dengannya. Saya yakin benar bahawa Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang pun manusia masuk ke dalam neraka-Nya. Allah sentiasa mahu hamba-Nya ke syurga. Ah, memang syurga ini diciptakan untuk kita. Cuma, banyak antara manusia yang melupai hakikat itu, dan merajuk dengan Allah.

Merajuk Dengan Allah.

Ia bukanlah simptom yang jarang. Ia bahkan merebak hingga ke pelusuk lapisan masyarakat. Kanak-kanak dengan rajuknya, orang dewasa dengan rajuk mereka pula. Si tua, bahkan masih kuat rajuknya pada Ilahi. Ya, rajuk si hamba yang berbeza-beza, lelaki dan wanita.

Seperti yang saya nyatakan di awal, sungguh Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang hamba-Nya ke neraka. Bukti yang ada cukup jelas. Dia hantarkan rasul demi rasul, seorang demi seorang untuk memimpin manusia agar kukuh telapak kaki mereka menyusuri landasan hamba sehingga rasul terakhir, Muhammad s.a.w.

Seseorang bertanya kepada saya, mengapa Muhammad s.a.w ialah yang terakhir?

Saya tidak dapat menemukan jawapan yang lebih baik daripada ini. Saya dan kamu, bahkan setiap muslim telahpun diberi tugas untuk menyambung tugas kenabian. Tugas setiap rasul-rasul terdahulu, dibebankan pada setiap daripada kita, iaitu berdakwah. Jika kalian ada membaca surah Taha, lihatlah pada ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s yang mahu berdakwah kepada firaun. Lalu, Baginda meminta kepada Allah agar Allah menaikkan taraf saudaranya, Harun a.s sebagai rasul, untuk membantunya berdakwah.

Suatu hakikat, dakwah pada zaman dahulu hanya dilakukan oleh rasul.

Kerana Allah sayangkan setiap manusia, Dia mewajibkan dakwah kepada kita. Dia menyuruh kita masuk syurga, dan mengajak orang lain juga masuk dalam syurga. Surah At-Tahrim juga ada menceritakan tentang ini. Islam bukan agama yangselfish. Sesekali Allah tidak menyempitkan syurga-Nya. Oleh itu, sangat perlu untuk kita mengajak orang lain agar sama-sama bertatih ke syurga. Perlu!

Itu bukti jelas bahawa Allah mahu setiap manusia masuk syuga.

Allah Memandang Rajukmu.

Memang manusia punya kelemahan. Tapi bagi saya, kelemahan itu ialah lambang kehambaan. Sekiranya tiada langsung cacat cela jua kelemahan, maka pasti kita akan merasa diri seperti tuhan. Pun begitu, ramai yang menerima kelemahan mereka sebagai alasan untuk merajuk dengan Allah.

Lihatlah realiti... Bukan semua manusia bermaksiat kerana hati mereka bulat untuk itu, tetapi ramai yang bermaksiat kerana protes dan merajuk dengan Allah. Sebagai contoh, seorang gadis yang tidak cantik, sanggup memotong bulu kening, mewarnakan rambut, dan lain-lain, semata-mata kerana dia rasa Allah tidak adil kepadanya. Rajuknya menjadi permulaan dosa.

Adapun seorang atau dua lelaki yang mengambil dadah dan hanyut dalam dunia jijik rekaan mereka... adakalanya mengambilnya bukan kerana mahu, tetapi kerana protes dan merajuk kepada Allah. Dirasakan Allah tidak adil kepada mereka.

Gadis pula, sesudah merasakan Allah tidak adil padanya, maka dia melacurkan pula batang tubuhnya.

Sama dengan judi, arak, dan lain-lain.

Jangan Merajuk Sayang.

Allah tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Janjinya jelas... sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Allah tidak lokek memberi ampun.

Allah tidak berdendam, bahkan terlalu memaafkan. Seorang lelaki yang sepanjang hayatnya menghina islam, menghina rasulallah dan mencaci maki Allah, sedang dia sudah tua dan hampir mati, pun masih Allah sudi lemparkannya hidayah kepadanya. Si tua itu masuk islam, dan mati sebagai 'kanak-kanak' dalam jasad orang tua.

Bahkan dahulu, ada seorang wanita Yahudi yang tua dan buta, setiap hari mencaci Rasulallah s.a.w. Baginda senyum sahaja, sambil tangannya menyuapkan roti ke dalam mulut wanita itu. Berlarutan... hingga di senja usianya, Allah menerima wanita yang mencaci dan memaki Rasul-Nya, sebagai hamba-Nya.

Al-Wahsyi, seorang lelaki yang menyebabkan Rasulallah s.a.w menangis kerana sedih melihat jasad Saidina Hamzah r.a terkulai bersama tikaman dan luka yang teruk, juga Allah pilih untuk menjadi hamba-Nya.

Khalid al-Walid ra. yang banyak membunuh tentera-tentera islam di medang perang juga akhirnya dipilih oleh Allah untuk memeluk agama ini dan terus berjuang untuk syurga.

Semua kisah-kisah ini adalah kisah manusia hebat. Manusia yang penuh dosa, tetapi mereka memilih untuk menyucikan diri mereka.

Kesimpulan.

Saudaraku... ingatlah! Allah sentiasa sayang kepada kita. Dia tidak menzalimi kita walau sedikit. Dia cuma sedang menguji kita. Janganlah kita merajuk dengan Allah. Jangan pula kita berdendam dengan Allah.

Allah sayang kita... terlalu sayang.

Jika orang yang pernah menghina Rasulallah s.a.w dan mencaci Allah pun masih diberi keampunan oleh-Nya, mengapa pula kita memilih untuk putus asa daripada keampunan-Nya?



sumber :http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/03/jangan-merajuk-sayang.html

1 comment:

fadh ^_^ said...

terima kaseh sayang :)
hai esah! lame xsinggah sini. eheh