Pages

Wednesday, December 19, 2012

Senyumanmu Kebahagiaanku..



Nenek,
Mungkin itu pertama dan terakhir
Aku melihatmu,
Di jalanan kita bertemu,
Rintik hujan menemani
Turut menempiasi kaki lima,
Peluk tubuh terlerai,
Dua tangan bersentuhan,
Menghangat dingin..

Senyum kau ukir,
Paling bahagia kau beri padaku..
Aku juga yang paling bahagia hari itu
Bahagia melihat senyum itu
Namun bukan hanya itu..
Juga kerana mahu beriman dengan ayat-ayat Dia
Yang dikirimkan kepadaku
Paling indah nenek perasaan itu
Paling indah jika kau ingin tahu..

Terima kasih nenek
Hadir sesaat dalam hidupku
Terima kasih Allah..
Menghadirkan insan-insan itu
Seolah terbang menghilang
Deritaku yang kecil ini..


"Dan orang yang dalam harta mereka terdapat hak bagi yang termaklum
bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."
[al-Ma‘arij 70: 24-25]


No comments: