Pages

Tuesday, December 25, 2012

Dirimu Sedang Ditapis!


Suatu hari ada sesuatu membisik padaku..

“Temanku, berwaspadalah terhadap tapisan Allah..”

Bagaimana engkau tidak cemburu wahai diri... ketika mereka berlumba-lumba mendapat sibghah (celupan) Allah. Bagaimana engkau mengatakan kepada dirimu wahai diri akulah jundi sejati ketika dirimu belum siap diuji. Bagaimana pula engkau menghadapi suatu ujian ketika engkau tidak menyedari hakikatnya engkau sedang menjalani satu tapisan. Bukan tapisan sembarangan, tapi ini adalah tapisan Allah!

Engkau akan ditapis sebagaimana tentera Talut ditapis sehabis-habisnya tatkala diuji dengan sungai!
Engkau akan ditapis sebagaimana tentera perang Hunain bangga dengan bilangan mereka yang banyak akhirnya bertempiaran lari akibat sombong dan lupa bahawa Cuma Allah lah yang akan memberi kemenangan!
Engkau akan ditapis sehabis-habisnya sehingga engkau akan LUPA berapa banyak golongan yang kecil yang akan mengalahkan golongan yang banyak!


Allahu Allah! Ketika dirimu seakan mahu tersungkur, ketika engkau merasakan betapa lelah mengejar gerabak yang laju itu, mengapa engkau tidak mahu bergembira wahai diri, mengapa engkau seolah-olah mahu meninggalkan segala impian yang engkau citakan, bukankah engkau yang dahulunya bercita-cita, akulah yang akan berjuang mencapai Ustaziatul alam itu? Mengapa kini wahai diri..ketika ujian kecil tiada henti menimpa, engkau seakan tidak berdaya, engkau hanya mengikut arus..melalui setiap rencana dengan hati yang kering, engkau penat berkejar ke sana ke mari..

Apakah engkau lupa wahai diri,  bukankah setiap rencana yang kita rencanakan  itu semata-mata kita mengharapkan agar rencana itu sebahagian dari rencana Allah?

Ke mana hatimu wahai diri, ke mana ruhul jadid mu wahai diri..bukankah engkau yang paling gembira saat pertama kali melihat cahayaNya. Tidakkah engkau mahu melihat hati-hati yang lain juga melihat cahayaNya, sepertimana engkau pernah menyambutnya dengan  suatu ketika dahulu..?

hakikatnya aku memuhasabah diri sendiri..


**

“Ukhti, bagaimana ya seandainya seseorang menasihati tetapi hati kita seolah-olah tak mahu dengar apa yang diperkatakan?”

Soalan itu berat, ukhti.

Aku masih ingat, soalan yang sama suatu ketika dahulu pernah ditanyakan kepada naqibah oleh temanku ketika di dalam liqa usrah.

Analoginya mudah..dan engkau akan ingat sampai mati!

“Kita ni nak jadi macam Firaun ke?”

Apakah engkau masih ingat kisah Musa a.s … Ambillah pelajaran darinya. Ingatkah engkau siapa Musa pada pandangan Firaun. Dia cumalah anak angkat yang dipelihara atas ihsan Asiah. Dialah yang Allah telah takdirkan terbunuh seseorang tanpa niat di hatinya. Apa pandangan engkau ketika itu, apakah penduduk kampung tidak melihat Musa itu sebagai seorang pembunuh. Pada pandangan engkau, sekiranya engkau ada pada waktu itu, adakah engkau menjadi orang yang percaya kepada Musa kerana pada pandanganmu ketika itu, Musa itu adalah pembunuh? Apakah engkau mahu lagi mendengar kata-katanya setelah engkau melihat dirinya telah berbuat dosa?

Maka, apakah bezanya kita dengan Firaun, seandainya kita tidak mahu mendengar nasihat seseorang yang pernah kita ketahui akan kesilapannya yang lalu?

Bukankah pada waktu itu kita tidak kurang seperti orang yang berlagak dan angkuh seperti Firaun!
naudzubillahi min zalik!

-akan aku simpan buat kenangan, 
agar aku tidak menjadi yang LUPA itu..-

membaca muhasabah dari mereka..
tidak melegakan aku..
tetapi memuhasabahkan aku..
hakikat perjalanan yang masih panjang..
juga menggembirakan hati aku..
ketika hati mereka tersentuh dengan izinNya..
sekurang-kurangnya aku berharap
itu lebih baik dari unta emas..
mungkin..
ada kata-kata mereka di luar sana
yang seoalah tidak suka pada pekerjaanmu..
maka jangan itu mendatangkan kesedihan buatmu..
jangan biar mereka menjadi duri dalam perjuanganmu..
maafkan mereka, kerana mungkin mereka tidak tahu..