Pages

Thursday, September 13, 2012

Mungkin Jentikan Permulaan


Pemandangan di sini tidak sama dengan Semenanjung. Tiada banggunan tinggi-tinggi. Langit nampak terbentang luas. Permai dirasakan. Tiada juga tempat menarik yang dapat dilawati. Bukan tujuan itu aku kemari. Kalau ke pasar sudah seperti melewati bandar Cina. Sungguh perjalananku ditemani hanya tiga atau empat orang Islam yang tidak diketahui keturunannya apa. Sudah hampir seminggu di sini. Cukuplah untuk menemui teman lama yang dirindui, di samping merasai pengalaman sebagai penuntut ilmu perubatan di Malaysia.

pemandangan di pasar Sibu

....kau nampak aku dah lain ke...?”

Soalan itu bertubi-tubi ditanyakan padaku seawal dua tiga hari aku tiba di bumi Sarawak ini. Sahabatku, kau melihat aku tersenyum sambil berkerut-kerut dahi. Pelik, dilemparkan soalan sedemikian rupa. Masakan aku berfikir yang buruk-buruk tentang kamu. Padaku engkau masih tetap engkau yang dahulu. Mungkin, engkau bimbang persekitaran di bumi anbia sana tidak sama dengan persekitaran di sini. Tapi di sini adalah realiti yang bakal aku hadapi nanti. Tidak ada apa yang menyakitkan mata aku melihat engkau sepanjang aku berada di sini. Malah perasaan kagum menerjah ke dalam diriku. Di saat tiada biah solehah di sekelilingmu, engkau masih istiqamah membaca ayat-ayat suci alquran setiap kali selepas solat, walau dilanda kesibukan dalam menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar perubatan. Memang benar, Allah Maha Adil.. Mencampakkan hambaNya di mana-mana mengikut kemampuan hambaNya..

buat kali pertama

Masih ingat lagi seseorang pernah berpesan padaku tentang satu hadis, menyebabkan aku semakin bersungguh untuk menghabis saki baki perjuangan sebagai pelajar perubatan. Walaupun merasai seminggu cuma pengalaman yang memenatkan. Berdiri berjam-jam di sisi katil pesakit, mendengar lecture dan hamburan soalan yang bertubi-tubi. Dup dap dup dap jantung usah lagi dicerita. Hangatnya berdiri serta lenguhnya kaki bakal menjadi hal yang biasa. Tapi.., bukan semua orang berpeluang menjadi seseorang seperti yang dinyatakan dalam hadis, dan yang tentu orang yang setiap hari berpeluang adalah dari golongan mereka yang dalam bidang perubatan. Bukan sahaja doktor, jururawat, pharmacist, radiologist, malah Pak Cik Jaga dekat hospital tu pun dapat merasai kelebihan menziarahi pesakit. Manisnya melakukan pekerjaan yang menjadi ibadah..kan kan ;) Pekerjaan lain pun boleh juga menjadi ibadah asalkan disertai niat, walaupun si ibu yang hanyalah kerjanya menjadi suri rumah.

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzi)

(teringat akan ibu yang berada di rumah, menyatakan kesedihannya apabila salah satu jalan mendapat pahala percuma yang berterusan telah hilang apabila suami tercinta telah kembali ke rahmatullah... alfatihah buat ayah...)

4 comments:

diyana said...

nak jugakkkkkk! >.<

hey awak, tahu tak played-in song dlm blog awak ni buat sy laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi rindu kat awakkk.. :')

bintu fatimah said...

Sy lagiiiiiii sgt rindu pada org di sne tuuuu...:)

Sje melawat shbt kte di srwk tu takut lepas ni xdpt luangkan msa yg lama bersama..hihi mse brjln begitu pantas kn..

bintu fatimah said...

Lagi sye xckp pnjg kn.. :(

Siti Nur Hanna said...

ade rezki kite jumpe ye shbt2 sekalian..... =( really miss all of u...tq esah ku syg =)