Pages

Monday, September 3, 2012

Tatkala Hati Berkata Cinta



Musim berganti
Bila dingin cuaca
Sejuk menikam sum sum
Tukar menampakkan bunga
Indah...

Hati sekejap merasa bahagia
Ketika yang datang menyapa
Bukan angin dingin tajam menusuk
Tapi seakan ada.. bayu lembut
Tak kelihatan dek mata
Sentiasa menenteramkan jiwa

Namun,
Bahagia ku sekejap cuma
Bila yang aku impikan
Taman yang indah
Pula luas bidangnya
Ditambah ceria warna pelbagai bunga
Pasti penat aku berlari
Curi-curi
Kerana
Bukan milik ku tanahnya
Berpijak di sana
Adalah larangan sang pemilik
Pasti aku akan dimurka

Lalu aku cuba,
Memadamkan sedikit 
Demi sedikit
Impian dan cita-cita
Walaupun lelah dirasa
Penuh jerih aku usaha
Menepis segala rasa di dada
Kerana aku masih ragu
Tatkala melihat pagar tinggi
Memberitahu ku
Masih ada ruang membatasi
Maka aku harus berdiam diri
Berpeluk tubuh
Dan pergi

Aku cuma tahu
Kecintaanku pada musim bunga
Hanya akan melewatkan aku 
Bertemu kecintaanku
Pada murabbi tertinggi
Iaitu Ilahi

Akan kuteruskan perjalanan
Manyambung titik-titik perjuangan
Tatkala tarbiyyah dzatiyyah dalam diri
Masih belum mantap terbina
Tidak mahu terleka seketika
Kerana kutahu
Musim akan berganti
Dan terus berganti
Dan akan kembali
Dengan izinNya



p/s jgn salah fhm, penulisan tak semestinya ada kaitan dgn penulis
nukilan ini buat hati-hati yang diuji, semoga kental mengharungi
maaf juga atas gaya bahasa yang mungkin kurang disenangi
wallahua'lam..

No comments: