Pages

Monday, May 14, 2012

kamu perlu faham kenapa...



Kamu perlu faham, kamu datang majlis ilmu bukan untuk tambah ILMU semata
tapi agar kamu bertambah FAHAM

kerana jikalau ilmu yang kamu cari
ILMU itu kat mana-mana saja boleh dicari

paling mudah 
jika kamu sekadar MEMBACA
tapi mampukah faham kamu sekiranya kamu membaca sendiri
apatah lagi sekiranya kamu dalam keadaan lalai
dan bagaimana sekiranya ada persoalan yang timbul
kepada siapa kamu ingin bertanya?

paling mudah lagi 
jika kamu hanya MENDENGAR
sungguh-sungguhkah kamu ketika mendengar
tatkala itu telah menjadi rutin
ah~ majlis ilmu pergi jelah
padahal, tin kosong yang kamu bawa
tin kosonglah juga kamu bawa pulang

kamu lihat ramai orang berubah
ke arah kebaikan
kamu pun nak jadi baik
sama macam mereka
baguslah 'fastabiqul khairat'
sebab kamu malu pada mereka
lebih bagus lagi kamu malu juga pada Dia

tapi kamu, sekali lagi, kamu perlu faham kenapa
kamu kena faham dengan semua yang kamu buat
kamu solat fadhu kamu kena tahu kenapa kena tunaikan
dan kalau kamu solat sunat, kamu puasa kamu kena tahu kenapa kamu buat
kamu nak ikut orang ke? 
orang buat macam ni, kamu pun nak buat juga
kamu kena tahu,
amat penting kamu kena faham
baru kamu akan rasa manisnya

kemudian, kamu mula sibukkan diri 
ke sana ke mari
tapi kamu jangan lupa
apa yang di belakang kamu tinggalkan
jangan sekali kamu lupa
haq-haq 'mereka' masih ada
study, pakaian, kebajikan rumah, 
yang penting hubungan kamu dengan Allah & ibubapa

tahu, kamu insan biasa, 
tapi latih diri untuk jadi luar biasa!

Bermimpilah kamu menjadi Musa'b
walau hanya seketika!
T.T

P/s kamu di sini tidak merujuk pada siapa2, hanya bingkisan penulis sbgi peringatan antum & diri sendiri terutamanya! wallahua'alam, yang lahir dari hati akan sampai ke hati, insyaAllah!


No comments: