Pages

Tuesday, April 17, 2012

angin.. dengarkan ini..


Desir ombak acap kali datang
Membawa angin berbisik
Kegoyahan
Seakan mematahkan kekuatan
Tembok kukuh di sisir pantai
Dimakan hari
Rapuh mungkin kini

Ketika hati bertanya
Benarkah batang tubuh di sini
Benarkah bakal ayunan dayung kecil ini
Apabila sang angin cuba mempertikai
Secebis keyakinan
Di lautan ini
Benarkah arah tuju dayung ku kayuh

Menitik air mata
Jatuh ke lautan
Tiada mengubah apa-apa
Apabila dirasakan
Kayuhan kian perlahan
Apabila rasa sangsi
Melihat yang lain ke sana kayuhnya
Kemudian melihat yang lain ke situ pula arahnya
Yang mana satu ini

Menitik air mata
Jatuh ke lautan
Tidak mengubah apa-apa
Resah aku
Aduhai Tuhan
Pimpin kami di lautan ini
Tunjuki kami jalan-jalan redhaMu
Meski ada di antara kami
Yang memilih kayuhan yang berbeza arahnya
Redhailah 
Setiap ayunan ini..

Kayuhan mesti diteruskan
Walau hanya yang tinggal
Saki baki keyakinan
Kerana kupercaya
Setiap hati itu ada kecintaan
Kecintaan itu...
Mungkin berputik di sini
Mungkin di sana
Di sini aku belajar mengerti
Mungkin di sana lebih mengerti

TakdirNya menetapkan aku di sini
TakdirNya membawa aku ke mari
Mengajar aku mengenal
Terlalu banyak benda

Maka biarkan mekar
Jangan dicanang perasaan ini
Mana tahu ada yang lain
Masih menanti-nanti
Kerana ayunanku mungkin terhenti
Dek kerana angin yang seakan 
Tidak merestui...





No comments: