Pages

Saturday, June 9, 2012

hakikatnya, aku masih dahaga


rantai besi kemalasan semakin rancak bersambung. hakikatnya diri masih dalam buaian asyik, kerana dengan pena yang semakin terhenti ini barangkali mampu mengubah dunia. tapi, bukan aku bermimpi.

**
Bismillahirrahmanirrahim..

Surah an-nur..
suatu surah yang begitu istimewa
terlalu istimewa..
surah di mana bicara hukum Allah diturunkan..
hukum yang begitu sempurna..
cuma tinggal kita untuk laksanakan..

kepada penzina,
kepada yang berbuat tuduhan..
kepada yang berburuk sangka..
kepada para wanita khususnya..

dalam ayat pertama, telah Allah beri 'hint' yang cukup mendalam

"Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)."

nur, cahaya ertinya
cahaya yang melenyapkan duka
seorang muhsonat

Ummul Mukminin
ketika engkau berduka cita
kerana mendapat tuduhan dusta
ketika dirimu tiada dipercaya
datang Allah membela
ketika itu
bahagia datang menjelma

**

"ukhti... tak cukup ukhti tulis ni....
hakikatnya aku masih dahaga

walau setiap kali cuba kuteguk
setitis
dari lautan luas kasih Mu
seakan tiada pernah puas kurasa"


"kerana itu engkau harus sentiasa berbicara
berbicaralah denganNya
Dia akan membalas melalui ayat-ayatNya..
percayalah ukhti..."


Photo: :)
jadi, jom tadabbur!
:)



No comments: