Pages

Sunday, December 11, 2011

nah, untuk awak!

Mahu melunaskan hutang pada seseorang untuk menulis sesuatu di sini. Tak mahu tulis panjang lebar, kerana masa benar-benar mencemburui. Kalau boleh mahu saja mengeluh, tapi bukanlah ciri muslim apatah lagi mukmin dan muttaqin kalau begitu..simpan, yakin kita mampu lakukan!

Maaf atas kelewatanku, tahu-tahu sajalah sibuk benar sejak 2 menjak ni. Benarkah? Hee, orang lain lagi sibuk rasanya. Semoga kita benar-benar sibuk dengan perkara yang bermanfaat. Dan semoga mereka yang sibuk kerana orang lain itu mendapat pahala dan darjat yang tinggi oleh Allah. Ingat, tiada suatu yang sia-sia pun andai diniatkan keranaNya. Teringat satu cerita tentang amalan yang dilakukan oleh dua orang hamba Allah. Ibadah yang dilakukan sama, tapi mungkin hanya seorang sahaja yang mendapat pandangan dariNya. Sedihkan kalau apa yang kita usahakan selama ni sia-sia saja?..Yang penting tajdid niat selalu.. Mungkin niat pada awalnya menyimpang, berilah masa sesaat untuk kita renung kenapa kita buat semua benda ni...

Khas untukmu sahabatku, jangan pernah berhenti! Allah telah memilihmu dulu dariku untuk menunaikan tanggungjawab mulia ini. Sesungguhnya kekagumanku dalam diam pada kamu yang memilih berada pada jalan ini.. Yakin setiap saat, Allah sedang merahmati setiap langkah yang kau aturkan. Sungguh mulia sahabat apa yang engkau lakukan dan jangan sekali sekali terasa beban pundak di bahu! Bangkitlah pada hari ini dengan semangat yang baru!

Aku percaya, sedikit masa lagi kau akan mampu mengatur hidup lebih baik. Percayalah, bukan mudah mengadaptasi kehidupan untuk menyumbang pada orang lain. Pandanglah mereka-mereka yang berjaya. Tiada ragu dalam diriku, kau pasti LEBIH BOLEH dari mereka.

Akhir sekali, puisi ini aku jumpa..buat tatapan kita bersama..


Aku akan terus berjuang,
sehingga setiap gadis menyimpan impian 
hanya untuk mengahwini pemuda 
yang beriman yang hatinya mencintai islam,

sehingga setiap ibu yang mengandung 
bercita-cita untuk melahirkan 
para syuhada’ untuk islam,

sehingga setiap bapa 
mentarbiyyah anak-anaknya 
seolah-olah esok 
dia akan menghantar mereka 
ke medan jihad fisabilillah,

sehingga setiap kali 
ditanyakan kepada zuriat-zuriat ku 
‘apakah cita-cita kalian wahai anakku?’,
lantas tidak ada jawapan lain 
kecuali ‘untuk syahid, wahai ibuku’.


'wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah' [35:15]



p/s utk org yg suruh tulis post ni :-
 jangan sedih-sedih hilang DOMO tu.
kalau hilang orang yang kita sayang macam mana?
maaflah, kalau tak beri semangat langsung..


3 comments:

ezzati abd rahman said...

esah..bermakna bg kita post esah ni..

Izyan Hanis said...

alahai
raan sedih hilang domo ke?

alolo. comel betul laah!
jgn sesedih raan
alhamdulillah hanya barang yg hilang
kalo something else / somebody
lagi sedih kan?

;D

Unknown said...

senyum kat esah. miss u ever. :( insyALLAh kalau dipanjangkan umur, kita berjumpa.