Tuesday, December 6, 2011

Sekali lagi jangan..


Janganlah bertanya macam-macam
sungguh tak mampu menjawab 
persoalan yang keluar dari minda

bukan persoalan menggugat jiwa
sedikit pun tidak!
bukan jawapan panjang lebar yang sedang difikirkan 
untuk diulas dan dicakna
cuma..

di sebalik itu
sedikit ketenteraman jiwa terganggu
insan kerdil aku cuma
sekeping hati aku punya

jangan dipalit rasa sesuatu
kembalikan ketenteraman hari-hariku!