Pages

Monday, December 19, 2011

sayonara jahiliah!


Hari itu seperti selalu, hati bagai dipalu…

Adik-adik, siapa 3 sahabat Rasulullah yang paling pemalu…?” seperti biasa selepas tadabbur ayat dan tafsir surah ada saja pertanyaan kak Sarah menduga ilmu setiap dari kami.

Terasa malu memuncak pada diri sendiri..malu kerana amatlah sedikit ilmu di dada..

“Abu Bakar assiddiq!!
Uthman bin Affan..
Abu Ubaidah Aljarrah..” masing-masing sibuk meneka..

Tapi aku masih membisu..diamku petanda kejahilanku masih lagi membukit…bukan membukit..mungkin setinggi langit malah lebih dari itu..

Allah…

“Bagaimana hendak menambah cinta pada Rasulullah kalau tak kenal sahabat-sahabat baginda? Sahabat-sahabat yang banyak berkorban, sahabat-sahabat yang sangat mencintai baginda…Sifat-sifat dan kehidupan para sahabat..sejauh mana kita tahu..? seharusnya mereka kita kenali dengan mendalam supaya dapat mencontohi peribadi mereka..” perlahan-lahan kata-kata dari kak Sarah menumbuk jiwa..Kata-kata hebat dari seorang gadis melayu kacukan Arab yang tiada sedikit pun berwajah Melayu itu sering saja menjentik agar keegoan berlalu pergi..



Benar, bukan mudah untuk menambah cinta andai tidak dikenali siapa tuannya. Terlalu banyak kisah yang tertulis sendiri dalam Al-quran yang perlu dikaji asbab nuzul. Tafsir fi Zilal karangan Sayyid Qutb merupakan salah satu rujukan hebat yang harus diselak..


Dan..telah lama ingin aku ceritakan..pertemuan dengan kak Sarah merupakan anugerah Allah yang tidak pernah aku duga, tak pernah aku mimpi..Bagaimana hendak diungkapkan perasaan itu.. tak tahu..tak tahu bagaimana hendak diluahkan supaya yang membaca merasai sedikit perasaan itu. Hadiah terbaik yang disertai rasa keharuan mungkin itu yang dapat aku gambarkan. Inilah wasilah terbaik pernah hadir dalam hidup aku untuk aku bertatih dan seterusnya berlari mendakap cinta hakiki…Cinta hakiki tidak akan hadir andai ayat-ayat cinta dariNya masih tidak lagi diselami..

Mendengar setiap kisah menghapus segala gundah dan gelisah, menambah senyum di  dada, memalit ketakutan dan kekerdilan dalam jiwa..andai, aku dapat membawa hati insan-insan lain bersama-sama aku, alangkah bahagianya aku! Benar, sungguh aku tidak tipu..

Langkah kerdilku agar aku dapat meninggalkan karat-karat jahilliah yang masih menebal dalam diri.  Ayuh, ayun langkah kita bersama, biar lesu permulaannya, akhir nanti bahagia milikku, milikmu jua!

Katakanlah..
Sayonara jahiliah!


Andai ada cemburu di hati...petanda engkau juga menggilai cinta dariNya. Carilah wasilah itu, pasti engkau akan tersenyum bahagia..


"TuhanMu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu."
[Ad-dhuha :3]

2 comments:

Izyan Hanis said...

waaa :D

humaira said...

"TuhanMu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu."
[Ad-dhuha :3]



bye2 jahiliyyah...
jom sama2 "making the changes" jadi better person... bak kata kak sarah di atas, “Bagaimana hendak menambah cinta pada Rasulullah kalau tak kenal sahabat-sahabat baginda? Sahabat-sahabat yang banyak berkorban, sahabat-sahabat yang sangat mencintai baginda…Sifat-sifat dan kehidupan para sahabat..sejauh mana kita tahu..? seharusnya mereka kita kenali dengan mendalam supaya dapat mencontohi peribadi mereka..”<--- terkesan dalam hati...:(