Pages

Thursday, October 27, 2011

selamat tinggal ayah..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
Segala Puji bagiNya yang meniupkan roh ke dalam jasad anak adam dan mengembalikannya semula ke rahmatNya apabila sudah sampai masa..

Anak kesayanganmu merelakan pemergian. Dititip cuma amalan buatmu sebagai peneman. Moga-moga sampai kepadamu..Perkenankan ya Allah..

Biarkan saya menulis di sini segala kebaikan arwah sepanjang hidupnya, agar yang sudi membaca tahu dan mendoakan yang terbaik untuk arwah.Semoga para malaikat turut mengaminkan doa kalian..InsyaAllah..

**

Seawal jam 9 pagi hari ini abang mengajak ke tanah kubur, melihat mana tahu kalau-kalau tanah timbus dek hujan lebat petang semalam.Tanya ibu, katanya memang hari-hari hujan kala sore menjelang. Pada mulanya mahu mengikut, namun niat dibatalkan..tak sanggup rasanya..

Usai pulang, kak wani merangkap kakak ipar bercerita, kubur arwah masih cantik. Masih segar seperti semalam. Dahan dedaunan yang dipacakkan masih lagi tegak. Alhamdulillah..arwah pergi dengan keadaan yang bersih. Wajah arwah berseri. Tak ada sebarang petanda arwah pergi dengan ada dosa yang tersembunyi. Sewaktu memandikan arwah, tok imam memuji mengangkat arwah. Badannya tidaklah terlalu berat kalau hendak dibandingkan beratnya. Tiada najis yang keluar. Abang kata, sedang memandikan arwah terlihat sekilas arwah tersenyum padanya. "dik, ayah senyum kat abang tadi" Laju mengalir air mata mendengar perkataan abang, sedikit senyuman terukir di bibir sebagai tanda lega di hati. Alhamdulillah..syukur tidak terkira lagi..

Arwah, anak kedua terakhir.Banyak jasanya pada adik-beradik yang lain. Bekerja sebagai pegawai kerajaan hidupnya nyata lebih senang, walaupun agak susah pada mula membina kehidupan. Berkahwin dengan ibu di kala kedua orang tua telah pergi. Sepanjang hidup, arwah tak pernah lokek membantu. Diberi apa yang mampu kerana arwah tahu adik-beradik lain lebih susah darinya.

Peramah, sifat yang disenangi ramai orang.  Sifatnya yang peramah jauh sekali berbeza dengan aku. Ke mana saja pergi ada saja kenalan. Sering kata-kata darinya begitu menyetuh ke hati. Arwah begitu menunjukkan kasih sayangnya. setiap yang terlintas dari hati diluahkan. Masih aku ingat lagi, ketika aku menghubungi arwah setalah diri ini kembali menyambung pengajian. Ketika itu arwah masih lagi boleh berbual-bual. arwah kata.. "ibu setia jaga ayah..." Allah, ketika cuti raya kelmarin arwah mula lemah-lemah badan ketika Ramadan. Usai majlis perkahwinan abang, sakit ayah makin terasa. Namun ayah kuatkan semangat juga buat kenduri rewang. Paling menyayat hati bila arwah kata... "adik dah banyak layan ayah cuti ni.." Allah.. layanan yang sedikit cuma tika cuti yang singkat itu buat diri rasa keharuan. Sedikit yah adik balas jasa ayah...

Entah sejak bila sudah lama arwah selalu berpesan.."adik kalau ayah mati, adik doakan ayah ya..adik jangan lupa ayah.adik jaga ibu.kasihan ibu kalau ayah tak ada.." setiap kali arwah berkata begini tak dapat lagi dibendung rasa pilu. dulu, aku selalu kata, "tak baik taw ayah cakap macam ni.." entah kenapa, sejak 2 bulan yang lalu arwah seakan memberi signal agar aku sentiasa bersedia. Mungkin arwah lebih lega apabila akhirnya dengan rasa pilu aku seolah-olah merelakan..."yah, saya sentiasa doakan ayah, tahu.."

Masih tercari-cari lagi kebaikan arwah sepanjang hayatnya. Arwah tak pernah mengumpul harta. Kalau dilihat dalam bank, alah cuma sedikit simpanan arwah. Sedikit kalau hendak dibanding gaji yang diperoleh. Mungkin arwah lebih tahu si isteri lebih bijak menyimpan untuk masa depan. Biarlah hartanya sedikit, namun anak-anak tak pernah rasa susah. Cuma bank tabung haji disimpan buat menunaikan haji tahun depan yang tidak kesampaian.Sekurang-kurang arwah sempat menunaikan umrah pada awal tahun. Seakan tahu hidupnya benar-benar tidak lama, sebelum pergi arwah berpesan kepada abang supaya ditunaikan haji untuknya. Entah ke mana hartanya tak pernah diceritakan, melainkan kalau adik-beradik yang meminta. Arwah pernah kata, "selagi ayah mampu, ayah akan tolong adik-beradik ayah...adik pun kalau dah senang jadi doktor jangan lupa tolong abang-abang" Bagitu tinggi rasa tanggungjawab terhadap adik-beradik walaupun arwah bukanlah anak yang sulung.

Haji belum tertunai, sudah hilang separuh di dalam tabung haji. Ibu tanya mana perginya duit simpanan haji..arwah kata, "ayah dah keluarkan, ayah simpan kat tempat selamat." namun, arwah tak banyak rahsia dengan abang, diberitahu ke mana perginya wang sebanyak itu. Mungkin kerana mahu mendidik dan tak mahu nanti ibu tertanya-tanya. Abang kata arwah dah serahkan kepada ustaz yang diamanahkan, untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan sesiapa saja yang memerlukan. Abang pelik, bukan ke duit itu untuk ayah pergi haji, tahun depan kan nak pergi haji. Dah lama kan menunggu giliran...Ternyata arwah tahu hajat ke baitullah tak mungkin kesampaian...

52 tahun, cuma itu hayat arwah. Genap 20 tahun 2 hari usiaku, arwah meninggalkan kami sekeluarga. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Dan sungguh, aku masih belum puas meneguk kasih seorang bapa. Terlalu banyak jasa arwah membesarkan anak-anak dengan susah payah. Dan jasa yang tak mungkin terbalas sampai bila-bila. Kasihnya setiap kali aku rasakan, sangat perit melepaskan pemergian arwah. Namun, jika redha itu yang terbaik, aku lepaskan kau pergi, bersama tangisan dalam senyuman..

Pagi ini aku bertanya ibu.."ibu, apa perasaan ibu..?" ibu kata bercampur baur rasa. 26 tahun hidup bersama tiba-tiba yang disayang tiada lagi di sisi menjalani kehidupan, sudah tentu rasa itu tak mungkin dapat digambarkan melalui kata-kata. Ibu seorang yang tabah, susah melihat dirinya mengalirkan air mata, berbeza dengan arwah. Namun hingga hari ini, masih sembap mata ibu walaupun tidak ditunjukkan pada anak-anak. Sudah tentu sangat terasa kehilangan kerana arwah banyak menolong ibu melakukan kerja harian, ke pasar, menyiang ikan, menghalau kera yang selalu menggangu rumah..Sepanjang hidup arwah tak pernah duduk diam. Ada sahaja kerja yang mahu dibuat. Arwah kerjakan sawah.. padahal hidup kami tidaklah susah. Arwah kata, tak apa..biar anak-anak senang sikit. Usai pulang kerja arwah pasti ke kebun membanting tulang empat keratnya..

Rindu, itu yang pasti...Teringat kali terakhir tadarrus bersama arwah ketika Ramadan yang lalu, adik tak akan lupa ayah..Allah... terlalu banyak kenangan kita bersama. Sudah tentu, meski aku makin menginjak dewasa, arwah tetap melayan aku seperti anak kecil...

Tak mampu rasa meneruskan tulisan ini, hanya mengundang duka. Setakat ini yang dapat dicoretkan buat kenangan...

**

Buat teman-teman yang tidak putus memberi kata semangat terima kasih diucapkan...sangat-sangat.Kehadiran kalian sangat memberi erti dalam hidup, menghapus air mata, membawa aku pergi dari terus tenggelam dalam khayalan. Setiap kali membaca mesej dari teman-teman, mengucapkan takziah..tiada sebarang kata yang mampu aku balas..maafkan aku teman-teman, ketika ini aku masih tidak punya kekuatan untuk membalas kata-kata dari kalian. Namun, segala usaha yang kamu pamerkan amat-amat aku hargai..terima kasih juga kerana mendoakan arwah dan diharapkan doa dari kalian tidak akan putus walaupun diri ini tahu doa dari anak yang soleh itu lebih baik...

Buat farah, aisyah, hanis, din yang menulis dalam blog kalian..saya sudah baca, tiada kata yang mampu diluahkan saat ini..ibu yang membaca turut menitiskan air mata apatah lagi diriku yang lebih mengenali kalian...

Sungguh, ujian kematian ini adalah ujian terbesar...

ya Allah, pertemukan kami di syurga..adik janji ayah, ayah tidak akan sunyi di sana...adik akan sentiasa kirimkan sesuatu. adik akan buat yang terbaik untuk ayah. adik tak akan lupa segala pesanan ayah.walaupun ayah tak sempat tengok adik pegang sekalung ijazah, nak jadi doktor.. rawat ayah dan lebih memilukan ayah tak sempat jadi wali untuk menikahkan adik...abang pun terkilan sebab ayah tak dapat tengok cucu yang sedang dikandung kak wani. tapi tak apa ayah... segalanya pasti ada hikmah kan..Allah lebih sayangkan ayah..ayah menderita sakit teruk pun tak lama. Sungguh...Ternyata Dia amat mengasihi...


foto terakhir bersama isteri tercinta September lalu..


"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan katakutan,kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itulah yg mperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mdapat petunjuk." (Al-Baqarah :155, 156, 157)



11 comments:

HYMKI said...

takziah esah. teruskan berdoa. kita yang masih di sini, teruskan kehidupan mengejar redhaNya insya allah... moga2 bertemu di syurga Allah kelak.

fatin adiba said...

esah syg. truskan berdoa ye. doa anak yg solehah akan tmankan arwah, insyaAllah. insyaAllah Allah tmpatkn arwah dkalangan hambaNya yg b'iman.

Najib Daud said...

takziah esah! sebagai member, walaupun tak rapat mana, tapi dapat rasa bahang kehilangan ayah kau. serius tak tipu. cuma sudah pasti, kau rasa lagi pahit. aku skadar mampu berkata.

semakin tinggi iman seseorang itu, semakin tinggi ujian nya.

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang soleh dan solehah!

:)

fadh ^_^ said...

esah, tabah taw.
seseorang tu memang akan pergi.
tapi, simpan kenangan bersama arwah tu elok2...
jangan sedih2 lagi.
aku tau, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
takziah ye.
sampai kan salam takziah untuk keluarga esah :)

drhidayahjamil said...

esah....syahdu hati ini membaca tinta kenanganmu, syahdu lagi hati yang menulis...masyaAllah..Alhamdulillah..ayah esah pergi dgn tenang...moga bertemu di syurga...Amin...InsyaAllah

moga kuat ye esah!
doakan ayah ibu selalu..

terima kasih byk2, memberi peringatan utk kita dan pembaca2 yg lain..

Siti Nur Hanna said...

esah.....

Cimot said...

nisa..takziah utk keluarga kau.. sebak baca penulisan kau ni..aku doakan arwah berada di kalangan orang yg Alah muliakan.. insyaAllah syurga tempat arwah..semoga kau tabah dan kuat..

biha zaeff said...

tersentuh hati bile bace, be strong esah! :') moga seisi keluarga esah sentiasa kuat.insyaAllah kita doa same2 arwah ditempatkn dlm klgn org yg beriman :)

Anonymous said...

salam sahabat...

menitis juga air mata dengan entri ini...
buktikan rindu dan cinta dengan doa yang takkan pernah putus, dan akhlak solehah yang akan memberatkan mizah arwah, inshaAllah..
anakyang solehah besar sahamnya buat seorang ayah..

Anonymous said...

*memberatkan mizan

Izyan Hanis said...

be strong sayang
i know you are :)

tersenyum kita baca nukilan ni
sungguh redha. sungguh cantik. sungguh tenang!
bagus girlfren kita ni ;D

teringat masa 1st yr gurlfren salu cite pasal ayah

ps: nak ckp. ayah gurlfren HANDSOME!! (:
patut la anak nya lawa ^,^