Setiap kali mahu membuka pintu rumah, tercari-cari di dalam beg, bebola keychain pemberian kakak sepupu yang diberikan sebelum pulang ke sini. hari-hari begitu. dan setiap kali melihat bebola keychain itu hati teringat pada dirinya. dia yang merupakan sebahagian dari hidupku sejak kecil, sehingga kini tidak pernah putus memberi kata semangat..pemberian kecil itu yang dilihat hari-hari menjadi sebahagian dari hidup. tak lepas ingatan, singgah sentiasa akan kehadiran dirinya menghapus rindu pada keluarga nan jauh..mungkin...
keychain bebola pemberian kak ana..
Lantas terfikir, begitu juga dengan hadirnya pemberian yang sungguh berharga dari Dia,Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang tidak pernah lepas memberi nikmat kepada yang kaya hatta yang miskin jua.Masing-masing mendapat bahagiannya sendiri.cuma manusia ini masih kurang bersyukur, termasuklah diriku..anggota badan yang tiada cacat cela, akal sihat yang dikurniakan, Allah! terlalu banyak andai mahu ditulis satu persatu.
Pemberian kalam suci itu andai di sisi tiap waktu apalah yang hendak didamba di atas dunia ini. Kalam suci tidak pernah lepas mengisi jiwa, jiwa yang kosong. mengajar, mendidik, membatas setiap tingkah laku ajaran nafsu yang jarang akal sedari. Peganglah, hayatilah kalam-kalamnya kerana itulah hadiah terbaik bagi mereka yang benar-benar menghargai..
Cuma benar terkilan, kalam suci tidak dihayati tiap waktu usai solat cuti panjang tempoh hari. mengapa pula begitu mudah melakukannya di sini.ini bumi barakah...mungkihkan kerana itu..Allah,begitu aku damba keadaan seperti itu ke mana sahaja Engkau mencampakkan aku. kerana..aku masih ingin pulang untuk berbakti kepada orang tuaku sementara waktu masih berbaki. Allah...
Dugaan besar yang datang benar-benar mengingatkan aku ada kehidupan yang lain perlu ditempuh. Tak sanggup rasanya menyeka air mata andai kehidupan kita berpisah jua. Dua alam yang di mata jauh namun hakikatnya sangat dekat. namun, tamakkah aku andai masih mahu berpimpin tangan lesumu itu..
Benar kata hikmah, bersabar itu lebih mudah dari bersyukur. manusia mungkin boleh bersabar dengan ujian yang datang, tapi lebih sukar bersyukur dengannya. ujian yang datang bukanlah kebetulan atau kesengajaan, tetapi sebagai pengukur keimanan untuk melihat sejauh mana kita beriman dengan ujian yang datang. dan semestinya ujian itu datang dari Allah untuk melihat kebergantungan hambaNya kepada sang pencipta.
Seperti ujian Nabi Ayub yang ditimpa penyakit kulit. Tidak pernah bertanya kenapa..malah berdoa, lebih kurang begini "Allah aku tidak kisah ulat-ulat ini memakan tubuhku asalkan tidak lidahku. kerana aku masih mahu menyatakan syukur aku kepadaMu.."Allah, sentapnya...sampai begitu syukur Nabi Ayub walaupun sedemikian rupa ujian buatnya namun betapa syukurnya, adakah sama dengan kita.Allah...jauh sekali.
Manisnya bersyukur...jauh berlipat ganda manisnya dari bersabar.dan selalu dalam ayat Allah katakan... "bagi mereka yang benar-benar mengetahui". semoga kita menjadi sebahagian dari orang yang mengetahui. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment