Assalamualaikum..
And If only they know the real me. :(
kesilapan lalu jadikan pengajaran..
Untuk delete semua kesilapan masa lalu, maksudnya membuang dari ingatan sendiri dan juga orang lain tak mungkin 100%. Sakit mungkin datang kembali bila diingati. Rasa betapa hinanya diri. Tapi pengampunan dariNya sangat luas, kalau kita benar-benar mengerti. Mampukah kita menangis beratus-ratus tahun seperti Nabi Adam a.s kerana mengingati dosa lalunya yang cuma SATU? Sangat sedikit sebenarnya kita mengingati dosa semalam. Tamparan buat diri sendiri.
To be a better person is a dream of anybody on earth. Seorang penjenayah semestinya terdetik untuk menjadi manusia yang dipandang mulia oleh masyarakat. Seorang pelajar mahu lakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburinya. Seorang anak, ibu, guru, dan sesiapa jualah kat atas muka bumi ni, pasti ada sesuatu yang dia impikan. Dan sebagai seorang hamba kepada pencipta, dalam hati sungguh tak mahu buat dosa lagi..
Namun ada saja penghalangnya, apa sajalah!
MALAS momohon keampunan?
TIDAK bersungguh-sungguh?
TIDAK positive terhadap hidup?
LUPA tujuan hidup?
LALAI dalam setiap tingkah laku?
Ya Allah, semoga Engkau melindungi setiap tingkah laku kami...
Kemudian mulalah timbul perasaan, TAK MENGAPALAH...AKU TIDAK LAYAK..
padahal hati beriya-iya mahu.
Tak mengapalah..
aku tidak layak menjadi pelajar cemerlang, (hati mahu tapi usaha tidaklah seperti pelajar cemerlang lain)
aku tidak layak menjadi anak mithali, (padahal mak suruh macam-macam mulalah mengomel dalam hati)
aku tidak layak masuk syurga, (hati beriya-iya mahu tapi.....)
Tak adil kan kita pada hakikat keinginan kita yang sebenar?
Janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah..
muhasabah diri selalu
Renungan buat diri.
5 comments:
i love u esah. T.T
*tibe tibe*
Kite tahu gurlfren kite kuat semangat (:
Thanks atas perkongsian ini
Take care yang!
syera: love me? nak cheese cake yg sedap itu. :)
iezy: gf lagi kuat smgt dari kita sbnrnye.segan pula tiba2 cerita.
Do take care too :)
let go of all your old mistakes and make a fresh start :)
esah.....
Post a Comment