Pages

Thursday, March 22, 2012

senyumlah ketika diuji

kini tiada lagi duka buat engkau
engkau mampu tersenyum
walaupun sederhana cuma..

kini tiada yang engkau fikirkan
melainkan hanya untuk redhaNya
kini
bukan lagi ujian remeh yang engkau tempuhi
bukan ujian cemburu buta pada manusia
bukan ujian hasad dengki pada manusia
bukan ujian cinta palsu pada manusia
bukan ujian mendamba dunia

senyumlah
kerana engkau sedar kini
engkau tidak diuji dengan ujian itu

tapi..ada ujian yang lain
ujian supaya engkau sentiasa thabat
ujian supaya engkau sentiasa istiqamah
ujian supaya engkau kena bekerja
ujian supaya engkau ringan memberi
ujian supaya engkau mengorbankan masa tidurmu

senyumlah juga
walaupun ujian kedua itu tampak lebih berat
tapi itu yang lebih bermakna
jika engkau mengetahui



"mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah)" 
[51:18]

Allah, kuatkan kami sepanjang perjalanan ini..

No comments: