Sunday, March 4, 2012

ingin aku beritakan sesuatu..

engkau senyum hari itu
senyuman yang sangat manis
bersinar-sinar anak mata
engkau mendakap tubuhku
bagaikan ada rindu
meski selalu
atau jarang
kita bertemu

tahukah engkau
ingin aku beritakan sesuatu
tahukah engkau
rasa itu telah lama aku pendam
ingin aku luahkan
agar rasa itu 
kita rasai sama-sama

namun kadang..
tiada kekuatan di sisi 
aduh, kedekutnya  aku 
untuk berkongsi perasaan itu
kedekutnya bila mana aku merasa lebih bimbang
andai engkau melihat 'lain'nya aku
berbanding hari-hari biasa

tahukah engkau
dukacitanya aku
apabila hari demi hari
berlalu seperti biasa

aku masih gagal lagi..
aku masih gagal menjadi
menjadi mereka yang sudah berjaya 
menyentuh hatiku dengan izinNya

diriku hanya mampu
berkata seperti itu dan ini
dengan mereka yang bersama-sama denganku
sedangkan kita juga sama
pegangan kita sama
akidah kita sama
tapi..
perasaan itu..
tak mahukah kau rasai bersama..
kita duduk di rumah Abu Al-Arqam..
mendengar dan menghayati
kalam Allah dan Rasulullah..
bayangkan sahabatku..

sahabatku,
indahnya.. 
andai mudah aku menutur kata 
seperti ini di hadapanmu
namun, seakan kekok
masih merajai

bila aku hanya mampu menulis di sini
masih belum cukup usaha itu

~ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kami tahu bukan mudah jalan ini, oleh itu padaMu kami mohon sebesar-besar pertolongan. elokkanlah akhlak kami, sempurnakanlah amalan kami, agar kami menjadi qudwah yang terpuji, agar kami tidak menjadi fitnah pada dakwah yang suci ini. mudahkanlah kami dalam setiap langkah kami, agar setiap dari kami apabila berkata, ucapan itu hanyalah kerana mengingatiMu...


4 comments:

ezzati abd rahman said...

esah..T.T

mydignity said...

sungguh, usaha kecil pada pandgan manusia itu, besar di mata Allah..
rabbuna ma'aki ukhti..
jgn pernah berhenti melgkah..jika penat melgkah, ayuh kita sama mengesot demi Islam itu..demi dakwah ini! <3

atika said...

esahhh,kite pon same
slalu ada rasa 'kedekut' tu ;(

bintu fatimah said...

jom kita sama2 bergerak
walaupun terpaksa merangkak
kalau sy jatuh tlg bangunkn sy
jd support system sy!
taw!
:')