Pages

Thursday, January 26, 2012

dimanakah hujahmu..


kebimbanganku melangit
andai murabbi itu pergi

siapa lagi yang akan bertanya
padaku saban minggu
bagaimana malamku dihiasi

siapa lagi yang akan membuat
retak hati
mengingati kehidupan
selepas ini

siapa lagi yang akan mewujudkan
segala macam rasa
yang tak mungkin
aku kecapi sendiri

bimbangku..
tidak pernah berhenti..

namun
murabbi itu
tetap akan pergi..

akukah
yang hidupnya bergantung pada murabbi!
akukah
manusia yang hanya menadah
setitis bekalan hujah
yang tidak bersungguh-sungguh!
untuk sendiri mencari

wajibat bacaanku
sering tertumpu pada yang satu
sering tertumpu pada yang ada ujiannya
di atas lembaran kertas putih

sedangkan
wajibat bacaan yang lain
yang tidak ada peperiksaannya
masih menanti-nanti
kapankah aku akan meneliti
setiap baris ayat dan kisah
untuk dijadikan hujah!

*peperiksaan sudah sangat hampir, wajibat bacaan Rahiq Makhtum dan yang lain masih terbiar sepi..hanya beberapa lembaran baru diselak..kalaulah buku-buku tebal itu punya hati..sudah merajuk agaknya..apabila ditanya mengenai wajibat bacaan.. jelas terpancar kekecewaan yang cuba dilindung sang murabbi.. lantas hati yang terketuk pun berkata "nampak sangat kan.. kau nak BERJAYA DUNIA dulu je..."



3 comments: