Sudah hampir dua minggu diri jauh dari kesibukan, kesibukan meniti anak-anak tangga universiti kewajiban seorang mahasiswi, jauh dari kesibukan mencari ilmu ukhrawi untuk meng'islah' diri yang sungguh tidak sempurna. Namun jiwa tidak kosong kerana menatap wajah bonda saban hari, mengurang beban yang dirasa oleh seorang mahasiswi. Selagi diri masih di sini ingin sekali menghapus duka yang terselindung di balik wajah... pada hatinya tiada siapa yang tahu..sungguh dia lebih tabah dariku..
dan mati itu pasti
Seakan tidak percaya, hari dilalui berubah serta merta. Seakan bayang masih ada. Seakan tidak pernah berlaku peristiwa itu. Ingin sekali mengubat rindu, mendengar suara, gurau dan senda. Namun, mana mungkin lagi..hanya mimpi mampu mendengar...jiwa yang lara perlu diubati segera..
kudamba pertemuan itu..
Hanya dengan ucapan terima kasih dariku, tidak cukup dan tidak mampu membalas segala budi, jasa dan bakti yang telah tertabur olehmu...yang terbaik hanya kuharap agar aku juga belajar menjadi sahabat yang sedia mengharungi bersamamu ketika susah mahupun senang..
Katakanlah padaku tika dirimu dalam kesulitan, kerana aku tidak akan tahu jika kamu tidak beritahu akannya padaku. Mintalah! mintalah padaku agar kita dapat bersama-sama mengharungi kesulitan itu..Jangan didiamkan, jangan disimpan kerana aku juga mahu menjadi pendampingmu yang setia...
Ya Allah, kukuhkanlah ikatan persahabatan ini, seperti Engkau mengukuhkan tali persahabatan para sahabat yang dimuliakan olehMu...tiupkanlah dalam hati mereka bahawa tidak sia-sia segala pengorbanan itu...
3 comments:
:') don't worry syg. mgkin dgn ujian ni Allah nk rapatkan kte sume kpdNya serapat-rapatnya. semoga persahabatan kte sume diredhaiNya. UKHUWAH FILLAH, insyaAllah :)
Mereka adalah anugerah :')
:)
Post a Comment