Thursday, September 15, 2011

pengalaman 'attachment' (siri 3)


Pesakit 3 : Lelaki, 27 tahun.

Pesakit menumbuk-numbuk dada. Lagaknya macam sakit tak tertanggung lagi. Nurse yang melihat pun turut terkejut sama.

Angina ke? Syera meneka dalam hati. Boleh jadi.

*angina adalah severe chest pain (sakit dada yang amat) disebabkan oleh ischemia (kekurangan darah seterusnya kekurangan Oxygen ke jantung. Kebiasaannya disebabkan obstruction, salur darah tersumbat  ataupun spasm, kejang pada coronary artery. (coronary artery adalah nama salur darah pada bahagian jantung)

 warga tua sering diserang sakit dada..
bacalah Surah Israk, ayat 40 dan 55 untuk sakit jantung tersumbat : klik sumber

**

Oxygen : 99

99 ? Apaaaaa? (99 tu kira baguslah)

Pesakit langsung tak ada masalah kekurangan oxygen. Habis tu apa? Bingung jadinya. Yang mendengar cerita ini pada mulanya pun jadi bingung. Terus mendengar cerita Syera..

Kemudian, doktor menyuruh pesakit bernafas hanya menggunakan hidung dan JANGAN menggunakan mulut.

Sebab nanti kaki akan kejang ?
Mencari jawapan...

Mask diberi kepada pesakit. Mask tanpa apa-apa salur penyambungan ditekup ke muka pesakit. Semua lubang ditutup. Kiranya doctor macam nak halang pesakit dari sedut udara luar dan bernafas semaksimum yang boleh dengan mask yang masih lagi ditekup.

Hampir memahami situasi. Pesakit tidak menghadapi masalah pada tahap bekalan oxygen pada sistem pernafasan. Akan tetapi pesakit kekurangan carbon dioxide (CO2) !!

Kekurangan CO2 juga boleh jadi penyakit?

Ya, yang diberi nama respiratory alkalosis. Pesakit mengalami  masalah hyperventilation (bernafas secara berlebihan) yang mungkin disebabkan oleh perkara-perkara berikut : 

anxiety, hysteria and stressstroke, subarachnoid haemorrhage, meningitis, 
drug use: doxapram, aspirin, caffeine and coffee abuse
moving into high altitude areas (daki gunung), lung disease such as pneumonia (radang paru-paru), deman, dan juga pregnancy.

Apabila seseorang bernafas secara berlebihan maka banyak CO2 yang akan tersingkir, akan creates pH body imbalance! Ph badan dah meningkat. Sebab itu pesakit akan rasa tak kena.

perubahan pada level CO2 akan mengganggu pH normal badan


Contohnya, cuba anda bayangkan anda sedang mendaki gunung. Di puncak gunung anda akan rasa pening-pening, macam nak jatuh. Nah, yang ni lah contoh respiratory alkalosis secara fisiology yang disebabkan oleh acid dan alkali dalam badan tidak seimbang.



Cuba baca yang ini…sama macam yang doctor tu buat..

Signs
Facial expressions and body movements often display signs of hyperventilating and impending respiratory alkalosis. A panic attack, for instance, often causes a person to hyperventilate. Reaching for a chair to avoid falling because of dizziness, or the inability to speak clearly, are classic signs. Holding the head, indicating a headache or clutching the chest, indicating pain are all signs of hyperventilating resulting in respiratory alkalosis. Treating the symptoms often includes having the person breathe into a paper bag or using a mask to re-breathe his carbon dioxide.

tahu cara atasi masalah anda. 
jadilah manusia yang penuh ilmu di dada..

Timbul persoalan,  doktor ada suruh pesakit jangan bernafas ikut mulut..kenapa tak boleh, nanti kejang..?

Memang, bila tengok antara simptom respiratory alkalosis pesakit akan mengalami symptom hypocalcemia seperti kekejangan.

Namun, rasa pelik masih belum terungkai…kenapa pesakit tadi pukul dada macam sakit sangat? hmmm...


mungkinkah ini yang dirasai oleh pesakit?


*makluman : pesakit 1 yang diceritakan kelmarin (menghadapi masalah cardiomegaly) ditahan diwad untuk rawatan susulan. Tidak semestinya pesakit menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Pesakit mungkin juga menghadapi masalah lain di bahagian jantung yang masih belum diketahui.

sebarang perkongsian dialu-alukan sangat-sangat supaya dapat menambahkan ilmu yang sedikit di dada. wallahua'lam...

alang-alang jumpa quote ni from a friend : 


"If you judge people, you have no time to love them." so true! 

4 comments:

Izyan Hanis said...

okaay. sekarang kite dah pening.

anis pegi attachment ke mcm mana niyh?

btw, NICE
go on wat siri attachment ni eeh?
kite kebosanan di rumaah

owh pasal quote tuh,
kite suka jugak!
bagaikan menembak di dada sendiri
:D

miss asilah said...

pening jugak :( kena bukak balik buku module nampak gayanya haha :D

siti hanisah said...

gurlfren bukan kte la yg pegi.ni pengalaman syera..kn da beritahu kat post pertama tu.hehe

insyaAllah, doakan supaya kte rajin menulis & memerah otak.haha

asilah, memang kne bukak buku pun nak ingat benda ni balik.tapi kte kn x blaja lagi simptom2 die.eh yeke? hehe

N I A said...

salam nisah...

huuuuu, 'terketuk' dgn quote tu !
doakan kita tak buang masa gak...