Pages

Sunday, August 14, 2011

hajat tidak kesampaian..

Lusa mendatang kaki ini bakal melangkah pulang ke tanah air. Lebih awal dari yang dijangkakan. Semestinya  ke bumi yang dicintai yang dirindui sentiasa. Hampir separuh Ramadan kali ini jasad dan ruh bersama sahabati menikmati keindahan bulan mulia (Ramdhan Karem) di bumi anbia ini. Nyata berbeza! solat terawikh di gamek ibrahim dan kuliah handasah pasti dirindui. Tadarus bersama ahli beit mengisi Ramadhan yang sudah tentu...andai diri berada di rumah pasti tidak terisi Ramadhan dengan amalan taqarrub illallah.

Walaupun hajat tidak kesampaian ke baitullahil haram Ramadhan kali ini, namun kami pasti terkandung banyak hikmah. Yang pasti banyak lagi ilmu masih belum cukup di dada, apatah lagi di sana pasti lebih banyak dugaan yang perlu ditempuh. persediaan mental juga perlu mantap. Dugaan yang satu ini mungkin cubaan pertama buat kami rombongan umrah tak jadi. 


Tambah pula kehadiran rumah baru menyebabkan kami sibuk sekali. dan sudah tentu rumah yang menjadi pilihan lebih baik dari sebelumnya. kesibukan disebabkan kami terpaska membeli mafrusyah (perabut) dan mengecat sedikit bahagian dinding yang tidak elok. almaklumlah sebab rumah sudah lama tinggal. Mama Fauziah, sahib (pemilik) rumah kami pula sangat baik. cuma arab ammiah nya terlalu pekat dan masalah komunikasi mungkin masalah utama kali ini. Tak apalah, mungkin ini peluang kami belajar ammi dengan lebih serius. Di tengah kesibukan mujur ada sahabat-sahabat yang tolong meringankan beban. Terima kasih diucapkan! 

Cerita mengenai baba khamis pula, semsar (org carikan rumah untuk penyewa) terkanal dalam kalangan kami pelajar Melayu. masyaAllah sangat baik orangnya. sepanjang Ramadhan ini ada saja beliau menjemput kami pelajar Melayu berbuka di rumanya. Hidanganya bukan sedikit malah dipaksanya kami menghabiskan juadah di atas meja. Beliau sudah menjadi ibarat bapa kami di sini. alhamdulillah, terasa sedikit terjaga kebajikan kami. 

Dan pastinya apabila langkah kaki tiba di tanah air, dugaan lain pula yang akan datang. Takut pula ruh dan jasad lalai dalam mengejar sepuluh malam terakhir...(tiba-tiba rasa taknak balik pula...erm tipu tipu...)

setakat itu coretan kali ini. jasad ini perlu pergi menunaikan tugasan lain.
wallahua'lam..






2 comments:

Izyan Hanis said...

gf pindah rumaaah?

papepun, welcome home sayaang

:D

bintu fatimah said...

iye syg...
nanti jemput datang rumah..
dekat je dgn rumah iezy..:)