Benarlah kata orang,
Hanya hati yang penuh cinta
Kan bersungguh-sungguh menggapai yang dicintai itu,
**
Detik terus berlalu. Usia terus memendekkan hayat yang ada, yang terus menggerakkan nadi pada jasad adalah jantung yang tersimpannya sebening hati.
Di kala bunyi mercun memecah keheningan langit di malam hari, bunyi gendang pula seakan memalu hati, sakitnya hati aku!
Apakah tarbiah anak-anak di bumi Mesir yang disuap sehingga kegembiraan yang disambut begitu riang ria sekali!
Adakah mereka sudah kehilangan terbiah sehingga tidak mampu mengenali mana satu pemimpin islam dan yang jahil!
Cinta itu sentiasa suci
Namun ada kala dicemari..
Cinta terhadap dakwah itu
Juga sentiasa suci
Namun percayalah ia akan dicemari andai
Jahilliah masih berkarat dalam diri sang daie..
**
"Kamu tahu kenapa saya bawa usrah ni?"
aku tidak akan pernah lupa kata-kata wanita kental memegang kepakaran O&G, dr. Harlina satu ketika dulu.. salah satu alasannya "saya ada anak-anak, anak-anak saya membesar dan anak-anak orang lain juga membesar. tidak cukup saya mendidik anak saya dengan baik, maka saya mahu mentarbiah ibu-ibu seumur dengan saya supaya mereka juga dapat mendidik anak dengan baik, supaya anak-anak saya nanti hidup di dalam biah soleh dan solehah"
Begitu dia wanita hebat, di celah kesibukan dia masih sempat meluangkan masa untuk urusan dakwah & tarbiyyah. Realiti yang sentiasa berlaku, tidak ramai yang mengenal dakwah yang selepas membina baitul muslim aktifnya seperti masa bujangnya, terutamanya wanita..adakah benar sangkaanku? ataukah aku melihat diriku pada masa hadapan, adakah nanti aku miliki jiwa sebesar itu ataukah nanti aku terlalu disibukkan dengan kerjaya, anak-anak dan keluarga? Ah, betapa sukarnya memandang masa depan, kadang-kadang hati terjentik biarlah, mungkin cukup sudah aku menyediakan yang terbaik untuk keluarga sendiri, itu sudah memadai, tatkala itu mungkin aku terlepas untuk merealisasikan cita-cita murni seperti sang ibu yang cergas itu..
"Orang-orang Arab (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah disibukkan oleh urusan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya..." [al-fath:11]
Entah kenapa, beberapa hari-hari yang dilalui, hati begitu terkesan dengan keseluruhan surah, terutama ayat ini.. Cuma mengharapkan Allah yang mengaturkan sebaik-baiknya, atau juga peranan pasangan hidup itu juga penting bagi mengatur rentak langkah seorang isteri, yang juga menjadi keperluan umat.. dan juga peranan seorang isteri tidak pernah terlepas dari mengatur rentak kehidupan seorang suami, isteri itu bisa melalaikan, bisa juga menjadikan suaminya singa Allah..
dari situ engkau akan sentiasa diuji..
dengan ujian perasaan..
**
Pintu Rafah yang telah dibuka ditutup kembali hari ini, sambil disaksikan dukacita seluruh makhluk di sekelilingnya, mungkin Gunung Sinai sudah tidak mampu menahan kesedihan, mungkin burung-burung sudah tidak mahu berpergian singgah, ataupun lalu melihat dengan nada simpati, nasib saudaraku di Palestin dan Syria kan sentiasa di tangan Allah, namun ada manusia yang sanggup mengkhianatinya. Ya, Allah mengizinkan durjana itu, tapi tidak akan selamanya!
Terlalu banyak perkara yang memuhasabahkan diri ini dari terus alpa.
Alhamdulillah ya Allah, aku masih dipilih untuk menerima & kekal dalam hidayah.
Alhamdulillah ya Allah, atas segala urusan yang Engkau permudah dalam setiap kesulitan
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap ujian, yang akan tetap menguji kesetiaan, yang kadang aku berpaling dari setia.
Alhamdulillah ya Allah, setiap kali iman yang yanqus (turun) ini,
Engkau segera mencampakkan rasa agar cepat-cepat kembali bertatih kepadaMu..
Hanya hati yang penuh cinta
Kan bersungguh-sungguh menggapai yang dicintai itu,
**
Detik terus berlalu. Usia terus memendekkan hayat yang ada, yang terus menggerakkan nadi pada jasad adalah jantung yang tersimpannya sebening hati.
Di kala bunyi mercun memecah keheningan langit di malam hari, bunyi gendang pula seakan memalu hati, sakitnya hati aku!
Adakah mereka sudah kehilangan terbiah sehingga tidak mampu mengenali mana satu pemimpin islam dan yang jahil!
Kejatuhannya,sentiasa membangkitkan kita.
Cinta itu sentiasa suci
Namun ada kala dicemari..
Cinta terhadap dakwah itu
Juga sentiasa suci
Namun percayalah ia akan dicemari andai
Jahilliah masih berkarat dalam diri sang daie..
**
"Kamu tahu kenapa saya bawa usrah ni?"
aku tidak akan pernah lupa kata-kata wanita kental memegang kepakaran O&G, dr. Harlina satu ketika dulu.. salah satu alasannya "saya ada anak-anak, anak-anak saya membesar dan anak-anak orang lain juga membesar. tidak cukup saya mendidik anak saya dengan baik, maka saya mahu mentarbiah ibu-ibu seumur dengan saya supaya mereka juga dapat mendidik anak dengan baik, supaya anak-anak saya nanti hidup di dalam biah soleh dan solehah"
Begitu dia wanita hebat, di celah kesibukan dia masih sempat meluangkan masa untuk urusan dakwah & tarbiyyah. Realiti yang sentiasa berlaku, tidak ramai yang mengenal dakwah yang selepas membina baitul muslim aktifnya seperti masa bujangnya, terutamanya wanita..adakah benar sangkaanku? ataukah aku melihat diriku pada masa hadapan, adakah nanti aku miliki jiwa sebesar itu ataukah nanti aku terlalu disibukkan dengan kerjaya, anak-anak dan keluarga? Ah, betapa sukarnya memandang masa depan, kadang-kadang hati terjentik biarlah, mungkin cukup sudah aku menyediakan yang terbaik untuk keluarga sendiri, itu sudah memadai, tatkala itu mungkin aku terlepas untuk merealisasikan cita-cita murni seperti sang ibu yang cergas itu..
"Orang-orang Arab (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah disibukkan oleh urusan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya..." [al-fath:11]
Entah kenapa, beberapa hari-hari yang dilalui, hati begitu terkesan dengan keseluruhan surah, terutama ayat ini.. Cuma mengharapkan Allah yang mengaturkan sebaik-baiknya, atau juga peranan pasangan hidup itu juga penting bagi mengatur rentak langkah seorang isteri, yang juga menjadi keperluan umat.. dan juga peranan seorang isteri tidak pernah terlepas dari mengatur rentak kehidupan seorang suami, isteri itu bisa melalaikan, bisa juga menjadikan suaminya singa Allah..
dari situ engkau akan sentiasa diuji..
dengan ujian perasaan..
**
Pintu Rafah yang telah dibuka ditutup kembali hari ini, sambil disaksikan dukacita seluruh makhluk di sekelilingnya, mungkin Gunung Sinai sudah tidak mampu menahan kesedihan, mungkin burung-burung sudah tidak mahu berpergian singgah, ataupun lalu melihat dengan nada simpati, nasib saudaraku di Palestin dan Syria kan sentiasa di tangan Allah, namun ada manusia yang sanggup mengkhianatinya. Ya, Allah mengizinkan durjana itu, tapi tidak akan selamanya!
kemenangan itu pasti..
cuma adakah aku yang tidak yakin..
kalau yakin, apa lagi..
sudah ada medan kan, buktilkanah di medan amalmu!
Ketika ini aku sentiasa menyaksikan apa yang berlaku di ardul kinanah ini, menjadi asbab kepada ainul yaqin, iaitu keyakinan selepas melihat sendiri dengan mata. Namun haqqul yaqin, kebenaran yang diyakini, hanya mampu dimiliki oleh mereka yang melihat dengan mata hati, tanpa perlu penyaksian seperti melihat kebakaran depan mata, kerana hati mereka sebenarnya sudah lama panas menyala-nyala!
Alhamdulillah ya Allah, aku masih dipilih untuk menerima & kekal dalam hidayah.
Alhamdulillah ya Allah, atas segala urusan yang Engkau permudah dalam setiap kesulitan
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap ujian, yang akan tetap menguji kesetiaan, yang kadang aku berpaling dari setia.
Alhamdulillah ya Allah, setiap kali iman yang yanqus (turun) ini,
Engkau segera mencampakkan rasa agar cepat-cepat kembali bertatih kepadaMu..
Alhamdulillah ya Allah, atas setiap iman yang yazid (bertambah) ini,
Engkau mengekalkan kami agar terus thabat (kekal) dalam keyakinan yang tidak hebat ini..
No comments:
Post a Comment