Pages

Showing posts with label tarbiah. Show all posts
Showing posts with label tarbiah. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

kepiluan sungai Tigris



Ketika Sungai Tigris
Dilimpahi darah merah
Milik sepuluh juta nyawa tidak berdosa
Dek kerana…
Lemahnya seorang khalifah

Saat itu bermula
Detik jatuh kegemilangan zaman keemasan
Kepala-kepala ulama kebanggaan
Dipenggal bernafsukan kezaliman
Maka yang tinggal
Apakah lagi..

Ketika buku-buku
Hasil karyawan dan para bijaksana
Yang telah membina ketamadunan
Yang disimpan rapi di Baitul Ulum
Diragut dengan rakus
Dicampak ke sungai merah
Untuk dijadikan titian
Kaki-kaki kuda
Milik kerajaan Mongol..

Lantas..
sungai yang merah itu
bertukar hitam

Kelam…
Maka yang tinggal..
Apakah lagi..

sungai tigris yang pernah dilanda kepiluan 
saat kejatuhan kerajaan Abbasiah..

Cukupkah dengan MARAH
engkau menangisi sejarah
Yang pahit itu?

Mahukah engkau
Cuma melihat sejarah MANIS
yang PASTI akan berulang

Mahukan engkau hanya menjadi
sekadar penonton
yang melihat dari jauh
akan gahnya islam
satu ketika nanti

Tidak mahukah engkau
Melihat TANGAN milikmu
Bersama tangan-tangan lain
Yang sedang berjuang pesat
Untuk mencapai Ustaziatul Alam
Yang pasti akan terlaksana

PASTI!



"Maka [yang sebenarnya] bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. [Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka] dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mu’min, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[Al-anfal : 17]



adakah engkau memilih untuk tanganmu berada bersama.. 
atau engkau sekadar melihat tangan-tangan manusia lain turut serta..
sedang engkau yakin Allah pasti memberi kemenangan..


"Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu."
[muhammad:38]



Friday, December 23, 2011

saat dirimu merasa selesa..


jzkk ukhti...kerana mendendangkan kalam ini, buat peringatan di hari muka..
buat teman dalam genggaman, aku titipkan juga buat tatapan bersama..
beribadahlah dengan CINTA..
jangan menjadi hamba syurga..

**

Ya Allah..
aku dapat nikmat Iman dan Islam yg plg besar Ya Allah..
aku dapat nkmat bsar jumpa jalan dakwah n tarbiyah ini.


klau dulu..

aku sibuk menanda Al-quran dgn kertas-kertas warna.
aku sendri yg mmbuka kitab
mencari dan mgumpul ayat-ayat yg terkesan d hati..
aku sndiri yg shh payah..
mndgr ceramah.baca buku n mencari.
utk mghilangkan kekeringan dan kehausanku
hatiku pada dunia ini..
utk membasahkan hatiku..
tp skrang..
hampir setiap hari aku disuap dgn nikmat peringatan darimu...
manisnya ayat-ayat dan janji-janji Mu..
ada saja akhwat yg akan berkongsi sesuatu yg best tntang kau..
aku hanya menadah..
dgn sedikit usaha..

kalau dlu..
akulah abid yg saban malam bangun berdoa 
agar kau mskkan aku dikalangan org2 soleh
agar aku jumpa jalanku yg sbnar.
jlan yang palong dkat dgnmu.
jalan yg plg tenang bila aku berada didalamnya..
aku takut kehilangan kau Ya Allah..
aku takut jauh dari kau..
andai hilang sensitivitiku dalam amalan..
akulah insan yg plg risau..
sibuk bertanya ustazah n rakan2.knape hatiku seoalah2 merasa Allah itu jauh.
tkt kau tggalkan aku,,

tp skrang.
tatkala aku telah bersama dgn orang yg sntiasa mgingatkan aku padamu..
aku lalai dgn qiamku..
sensitivitiku dibiar bisu..
lupa hati ini pernah merayu pada kau dulu....
aku aman dgn sahabat-sahabatku..
aku tenggelam dalam nikmat yg bsar ini Ya Allah..
aku senang berehat dibawah komforter dakwah dan tarbiyah. 

Ya Allah..
betapanya aku kufur nikmat kau Ya Allah..
Ya Allah.andai yg kau kira adalah usaha..
aku mohon ampun atas usahaku yg semakin berkurang.
mohon maaf atas kealpaanku lena dalam nikmat yg besar ini..
bimbing aku ya Rabb.
krana aku mmg lemah~
dan sentiasa mgharapkan kau

**



jzkk ukhti hannan~ :)

Monday, December 19, 2011

sayonara jahiliah!


Hari itu seperti selalu, hati bagai dipalu…

“Adik-adik, siapa 3 sahabat Rasulullah yang paling pemalu…?” seperti biasa selepas tadabbur ayat dan tafsir surah ada saja pertanyaan kak Sarah menduga ilmu setiap dari kami.

Terasa malu memuncak pada diri sendiri..malu kerana amatlah sedikit ilmu di dada..

“Abu Bakar assiddiq!!
Uthman bin Affan..
Abu Ubaidah Aljarrah..” masing-masing sibuk meneka..

Tapi aku masih membisu..diamku petanda kejahilanku masih lagi membukit…bukan membukit..mungkin setinggi langit malah lebih dari itu..

Allah…

“Bagaimana hendak menambah cinta pada Rasulullah kalau tak kenal sahabat-sahabat baginda? Sahabat-sahabat yang banyak berkorban, sahabat-sahabat yang sangat mencintai baginda…Sifat-sifat dan kehidupan para sahabat..sejauh mana kita tahu..? seharusnya mereka kita kenali dengan mendalam supaya dapat mencontohi peribadi mereka..” perlahan-lahan kata-kata dari kak Sarah menumbuk jiwa..Kata-kata hebat dari seorang gadis melayu kacukan Arab yang tiada sedikit pun berwajah Melayu itu sering saja menjentik agar keegoan berlalu pergi..



Benar, bukan mudah untuk menambah cinta andai tidak dikenali siapa tuannya. Terlalu banyak kisah yang tertulis sendiri dalam Al-quran yang perlu dikaji asbab nuzul. Tafsir fi Zilal karangan Sayyid Qutb merupakan salah satu rujukan hebat yang harus diselak..


Dan..telah lama ingin aku ceritakan..pertemuan dengan kak Sarah merupakan anugerah Allah yang tidak pernah aku duga, tak pernah aku mimpi..Bagaimana hendak diungkapkan perasaan itu.. tak tahu..tak tahu bagaimana hendak diluahkan supaya yang membaca merasai sedikit perasaan itu. Hadiah terbaik yang disertai rasa keharuan mungkin itu yang dapat aku gambarkan. Inilah wasilah terbaik pernah hadir dalam hidup aku untuk aku bertatih dan seterusnya berlari mendakap cinta hakiki…Cinta hakiki tidak akan hadir andai ayat-ayat cinta dariNya masih tidak lagi diselami..

Mendengar setiap kisah menghapus segala gundah dan gelisah, menambah senyum di  dada, memalit ketakutan dan kekerdilan dalam jiwa..andai, aku dapat membawa hati insan-insan lain bersama-sama aku, alangkah bahagianya aku! Benar, sungguh aku tidak tipu..

Langkah kerdilku agar aku dapat meninggalkan karat-karat jahilliah yang masih menebal dalam diri.  Ayuh, ayun langkah kita bersama, biar lesu permulaannya, akhir nanti bahagia milikku, milikmu jua!

Katakanlah..
Sayonara jahiliah!


Andai ada cemburu di hati...petanda engkau juga menggilai cinta dariNya. Carilah wasilah itu, pasti engkau akan tersenyum bahagia..


"TuhanMu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu."
[Ad-dhuha :3]

Sunday, December 4, 2011

jangan menyerah!

perjuangan itu benar-benar menuntut air mata..
bersedialah!
kerana bukan namanya DAKWAH andai kamu tidak merasa PEDIH & PERIT!
mendapat sokongan & tentangan..
semuanya akan dirasai..



kerana kamu hanya menjalankan tanggungjawab..
menyelamatkan ahli keluarga, kerabat dan ummah!

dan tolaklah kejahatan dgn cara yang baik
sebagaimana dalam firmanNya..

And not equal are the good deed and the bad. Repel [evil] by that [deed] which is better; and thereupon the one whom between you and him is enmity [will become] as though he was a devoted friend.
"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
[Fussilat :34]

sungguh!
perjuangan itu menuntut air mata!

namun, jangan sekali KAU menyerah!