Pages

Monday, March 25, 2013

Setialah menyelimuti aku..


Malam yang begitu sepi..
Sendirian kuadukan pada Tuhan..
Dalam keadaan begitu malu..
Masih juga tiada air mata menemani..
Mungkin kerana sudah kering..
Atau kerana hati sudah tenang..
Berada dalam genggamanMu.. 

Terasa ingin kuhentikan waktu..
Agar aku dapat kekal bersujud padaMu..
Waktu itu..agar aku tidak lihat mentari lagi..
Kerana pabila mentari terbit..
Bermulalah perjalanan getir..
yang tidak lagi dapat kuadukan..
dalam bicara panjangku kepadaMu..

Pada sebuh titik penghujung..
Aku merindukan..
Pertemuan denganMu..
Dalam pakaian paling baik..
Namun perjalanan yang berliku..
Pasti memburukkan pakaianku..
Adakah compang camping di akhirnya.

Sendiriankah aku dalam perjalanan..
Yang berbekalkan cuma selimut nipis..
membalut pakaian dan hati
dari terus rapuh..

Kadang, tidak aku sedari..
Liku itu adalah ujian..
Walau tewas sentiasa menanti peluang..
Jalan yang terbaik.
Kan selalu payah..
Saat tubuh minta menyerah..

Adakah itu yang paling indah..
Pada pandanganMu..
Wahai Yang Mengetahui..
Kendati pun sehelai daun yang gugur...

Namun, selalu yang kupinta..
Adalah jalan pintas..
Sedang sering ku lupa..
Seandainya segalanya mudah..
Mungkin kurang kemanisannya..

Wahai selimut yang menyelimuti..
Setialah kepadaku..
Temanilah aku..
Dalam mengharungi perjalanan ini..
Walau perjalanan itu..
Membutu waktu..
Seribu tahun lagi..

(Penulis menggunakan selimut sebagai kiasan kepada iman...)






No comments: