‘Quick, you have no time..see the sign and comment..”
Segera aku mengeluarkan ‘flash light’, menyuluh mata mak cik
yang sudah separa dekad itu, melihat apa yang tidak kena pada matanya. Mungkin
lampu itu agak silau, segera dia meminta walaupun tidak kedengaran kata-kata
keluar dari bibirnya, tapi dari hati seakan kedengaran, “sudahlah mak cik sudah
penat, nak..”
Dikatup matanya selepas beberapa saat, aku tahu pasti dia sudah
terlalu letih menjadi bahan examination kami, memandangkan aku bukanlah antara orang
yang awal-awal menyentuh dirinya. Ya hari
ini, hari pertama aku menduduki exam OSCE dalam round Opthalmology’,round
pertama aku sebagai pelajar ‘clinical’. Sebenarnya sudah terlalu lama kami
menanti tahun ini kerana walaupun penat, walaupun masa tidak sesenggang dahulu
dan sudah tentu lebih payah kerana berhadapan dengan pesakit sebenar dan datang
dengan pelbagai kes, tapi mungkin juga dengan kehadiran mereaka, seakan memberi
semangat kepada kami, supaya merasakan betapa pentingnya ilmu itu melekat di
dada…kerana aku merasakan “kasihan pesakit-pesakit yang datang ni, pasti kecewa
sekiranya doktor-doktor yang ada ni tidak tahu bagaimana merawatnya..”
Mungkin itu pandangan dariku, tapi ada yang mengajar aku
bahawa tidak semua yang datang begitu mengharap mereka akan sembuh selepas
menerima rawatan. Mereka datang sebagai ikhtiar, bukanlah berharap pada manusia
untuk menyembuhkan.. Aku masih ingat minggu lalu, temanku ada bercerita,
sewaktu dia mengambil sheet patient, pak cik itu sudah hilang penglihatan mata
sebelahnya. Datang ke hospital kerana mata sebelahnya pula yang mulai kabur.
Namun, sepanjang masa dirinya mengucapkan “alhamdulillah, Alhamdulillah…mataku
yang lagi satu ini masih boleh melihat…walaupun hampir kabur sedikit..”
Didikan kepada diri sendiri yang bagainanakah itu?
Ah, temanku aku malu pada diri sendiri. Bagaimana tidak
merasa malu, ketika diri kurang mensyukuri nikmat pandangan yang Allah berikan.
Ketika pandanganku tidak melihat jiwa lain yang hakikatnya sedang sengsara
akibat kurang merasa kasih Tuhan. Ketika pandanganku tidak mahu melihat segala perkara
yang datang sebagai satu didikan dan ujian. Ketika pandanganku sudah seakan letih
melihat kecelaruan dunia yang tidak sudah-sudah. Ketika pandangan akal dan hati
yang lemah pula selalu melihat pada yang kekurangan diri, lantas mahu beralah
dan cepat putus asa!
Lalu, apakah begitu sukar untuk setiap saat yang dilalui, menjadikan
nafas yang dihembus adalah hembusan nafas seorang hamba…?
Temanku, walaupun hari ini tidak seindah mana, bila mana ada
soalan yang diajukan mungkin terpinga-pinga kita menjawabnya, kerana tiada tertulis di dalam buku atau jika adapun
mungkin kurang waktu untuk mengkaji semuanya dengan sepenuh hati , ataupun
kiranya sudah engkau baca tapi masih juga engkau lupa, usahlah berputus asa
temanku, mintalah pada Tuhan dalam usahamu..kerana ada temanku mengirim ayat
ini yang begitu menyentuh hatiku..harapnya, hatimu tersentuh juga..
“Kami akan membacakan kepadamu
sehingga kamu tidak akan lupa. Kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang
dan yang tersembunyi.dan
Kami akan memberi kamu taufik ke jalan yang mudah”
[surah al-a’la]
1 comment:
nisa, dats true, terlalu banyak hikmah ke atas kita yg belajar medik ni..actually xkisah la belajar ape..asalkan kita melihat dgn hati, bukan dengan mata semata2.. :)
blog lama dah buang, ni link blog baru..jemputlah dtg, khas utk sahabat2 yg jauh di mata.. :')
http://sigadis-diyana.blogspot.com
ps: boleh x remove setting masukkan code ni.. :S
Post a Comment